Baru-baru ini,semasa berehat bersama keluarga di rumah,secara tiba-tiba ibu menggesa saya menghadap kuliah daripada seorang ustaz di kaca televisyen.Sedikit-sebanyak saya mengesan bahawa ibu memang serius mahu saya meneliti kandungan yang disampaikan : tentang ilmu. Menelinga dari awal,saya sedikit tertarik dengan kata-kata bahawa ilmu yang wajib dituntut,ialah fardhu ain,dan fardhu kifayah.Fardhu ain ialah ilmu yang wajib kita ketahui dan amalkan demi kesahihan ibadat manakala contoh ilmu fardhu kifayah yang ditekankan seperti ilmu perubatan,engineering.Ilmu yang ketiga ialah ilmu yang lebih mendalam tentang riwayat hadis contohnya.Ilmu fardhu ain wajib bagi setiap muslim manakala fardhu kifayah juga perlu dikuasai bagi menjamin kesejahteraan ummah.Ilmu yang ketiga,boleh dipelajari dengan syarat kuasai bidang kita dahulu.Jangan sampai tak cemerlang kedua-duanya sudah. Jadilah seorang yang mahir dalam bidang yang kita ambil itu. “Iya,saya sedang cuba,cuma men...