ilmu


    Baru-baru ini,semasa berehat bersama keluarga di rumah,secara tiba-tiba ibu menggesa saya menghadap kuliah daripada seorang ustaz di kaca televisyen.Sedikit-sebanyak saya mengesan bahawa ibu memang serius mahu saya meneliti kandungan yang disampaikan : tentang ilmu.

    Menelinga dari awal,saya sedikit tertarik dengan kata-kata bahawa ilmu yang wajib dituntut,ialah fardhu ain,dan fardhu kifayah.Fardhu ain ialah ilmu yang wajib kita ketahui dan amalkan demi kesahihan ibadat manakala contoh ilmu fardhu kifayah yang ditekankan seperti ilmu perubatan,engineering.Ilmu yang ketiga ialah ilmu yang lebih mendalam tentang riwayat hadis contohnya.Ilmu fardhu ain wajib bagi setiap muslim manakala fardhu kifayah juga perlu dikuasai bagi menjamin kesejahteraan ummah.Ilmu yang ketiga,boleh dipelajari dengan syarat kuasai bidang kita dahulu.Jangan sampai tak cemerlang kedua-duanya sudah.

Jadilah seorang yang mahir dalam bidang yang kita ambil itu.

“Iya,saya sedang cuba,cuma mengapa terlalu sukar mengamalkan ilmu yang dipelajari.Hendak menekuninya seperti satu penyeksaan”

Benarlah Tuhan Maha Mendengar,bahkan ketika saya sekadar berbicara dari dalam hati.

Kadangkala,ada yang menuntut ilmu tapi sukar untuk mengamalkannya.

Ini adalah kerana 2 sebab.Pertama,niat.Syaitan telah mendedahkan pada kita tentang kepentingan menuntut ilmu sahaja langsung menutup faedah mengamalkannya.Niat kita bukan untuk mengamalkannya,bukan untuk Allah maka dengan itu kita sering lupa.

Kedua,adab.Bagaimana gigih pun tapi jika tidak menjaga adab,amat sukar untuk ilmu itu melekat di hati.Adab sangat berkait rapat dengan keberkatan maka dengan itu,doakanlah supaya sentiasa diberkati.Jaga adab ketika menuntut ilmu.

Poin disebut membuatkan saya termangu.

” Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima dan rezeki yang baik.

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung dengan Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak makbul dan amalan yang tidak diterima.”

Moga semuanya dipermudahkan.

Comments

Popular posts from this blog

:)

puisi hujan

the unsung heroes