Posts

Showing posts from May, 2013

will you hate me ?

Image
Will you hate me? by Dawud Wharnsby Ali Smile in the two- way mirror of my eyes I put on my faith like I wear a disguise You can’t see my soul See the life that I live Show you the mask of the best I can give I’ve hid here afraid like a child behind. Truth of my thoughts that clutter my mind. What if you knew about all that I do? Things that I think, The me that is true.Would you call me a hypocrite? Call me a liar? Would you curse out my name? Would you damn me to fire? Would you know what to say? Or would you just walk away? Afraid the me I’ve tried to hide Would too closely resemble the truth of you that lies inside? I’ve been looking for answers since becoming an adult Not looking for dogma to live like a cult I’ve been looking to live, I’ve been living to find Freedom from cages that limit my mind. Would you call me a hypocrite? Call me a liar? Would you curse out my name? Would you damn me to fire? Would you know what to say? Or would you just walk away? Afraid the me I’ve tr...

deja vu

dimensi baru bila anda dalam keadaan gembira amat kemudian sayu.Tiba-tiba. Hati-hati,istighfar. Mungkin ada yang mahu ditunjukkan. Sederhana dalam semua. Apapun jua. :) Lesson learned Maka tertawalah mereka sedikit (di dunia yang sementara ini) dan menangislah banyak (di akhirat nanti), sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah al-Taubah ayat 82) dan sesungguhnya itu menggerunkan.

baju kurung

"Tuanku, pacal namakan busana pertama ini baju kurung.Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan.Tetapi dengan sedikit perbezaan.Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama busana ini dikurung syara'. Pakaian melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat.Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam.Adapun kurung itu juga bermakna dikurung adat.Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai bersama, tahu cara memakainya dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya. Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong.Oleh baju kurung itu sekai-kali pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong." Faisal Tehrani, Manikam Kalbu

alter ego

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-hujurat :13)  I Malam.Asing.Lintasan orang lalu-lalang di hadapan mcam trafik yang tidak henti di hadapan mata.Matanya memandang kosong setiap yang hadir di hadapan,ini adalah pertama kali dia berada di situ,berseorangan. Hanya Tuhan yang tahu betapa dia takut. Beberapa lintasan sekadar transit dalam terminal hidup,tidak kekal lama. Namun dia silap,ada yang kekal. II Kedengaran di telinga hanya desir angin dan sorotan pemandangan kota waktu malam dari balik kaca lutsinar.Kelip neon kota raya balik kanvas hitam ma...