alter ego


Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-hujurat :13) 

I

Malam.Asing.Lintasan orang lalu-lalang di hadapan mcam trafik yang tidak henti di hadapan mata.Matanya memandang kosong setiap yang hadir di hadapan,ini adalah pertama kali dia berada di situ,berseorangan.

Hanya Tuhan yang tahu betapa dia takut.

Beberapa lintasan sekadar transit dalam terminal hidup,tidak kekal lama.

Namun dia silap,ada yang kekal.

II

Kedengaran di telinga hanya desir angin dan sorotan pemandangan kota waktu malam dari balik kaca lutsinar.Kelip neon kota raya balik kanvas hitam macam bintang,cantik.

Wayang,biarpun bukan dalam pawagam dan dia adalah salah seorang pelakon dalam cerita itu,cukuplah dikatakan dia terhibur.

Terima kasih Tuhan.

Sebelum poket seluar tiba-tiba bergetar,menandakan ada mesej di telefon selular.

III

Senyum,selepas beberapa tahun ini-pertemuan tak dijangka memang selalunya menyimpan kenangan bak kandi kelapa.

Manis.

Dan imej yang muncul tanpa sedar berangkai

antara gugus awan,langit dan pelangi.

-Simbolik bukan?

Ketenangan.Itu yang kita cari sebenarnya.

Syurga.


IV

Jalan cerita yang sama,skrip yang sama,

cuma latar dan pelakunya berbeza.



Doakan diberi kekuatan untuk ini.

V

A distinct meaning of alter ego can be found in literary analysis, wherein it describes characters in different works who are psychologically similar, or a fictional character whose behavior, speech or thoughts intentionally represent those of the author. It's also used to design the best friend of another character in a story. 





Comments

Popular posts from this blog

:)

puisi hujan

the unsung heroes