senja
kaki langit teriak burung berisi doa berlegar , lalu transit di garis langit mengira rezeki saban hari barangkali. dari kaki langit ia kembali ke sini.pulang. nadi pekan kecil waktu senja warna langit sekelam hati gundah. di telinga masih juga ia berteriak diiring suara kereta api dan cahaya dari hujung terowong menyimpan segala cerita,kisah namakan apa sahaja tentang umatnya. deru sungai sunyi entah apa lagi rahsia dan kandungan lubuk tatkala enjin peronda menjengah telinga pekan penuh kenangan. apa khabar agaknya teman waktu kecil nasib malang kala bah menyapa kita suatu ketika dahulu? gajah kuda ular gah dicanang merata negeri hilang tanpa khabar disembunyi hutan hijau pinggir pekan Terlihat pakcik berkopiah menapak kecil ke madrasah. anak kecil berlari pantas mengejar oh,Tuhan sudah memanggil. Senja.