senja
kaki langit
teriak burung
berisi doa
berlegar ,
lalu transit di garis langit
mengira
rezeki saban hari
barangkali.
dari kaki langit
ia kembali
ke sini.pulang.
nadi pekan kecil
waktu senja
warna langit sekelam hati
gundah.
di telinga
masih juga ia berteriak
diiring suara kereta api
dan cahaya dari hujung terowong
menyimpan segala
cerita,kisah
namakan apa sahaja
tentang umatnya.
deru sungai sunyi
entah apa lagi rahsia
dan kandungan lubuk
tatkala enjin peronda menjengah telinga
pekan penuh kenangan.
apa khabar agaknya
teman waktu kecil
nasib malang
kala bah menyapa kita suatu ketika dahulu?
gajah kuda ular
gah dicanang merata negeri
hilang tanpa khabar disembunyi
hutan hijau
pinggir pekan
Terlihat
pakcik berkopiah
menapak kecil
ke madrasah.
anak kecil berlari pantas
mengejar
oh,Tuhan sudah memanggil.
Senja.
Comments
Post a Comment