Posts

Showing posts from September, 2015

Kematangan

Dalam satu video yang saya tonton beberapa hari lepas,mengisahkan tentang hadis Rasulullah yang mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman ialah masa berlalu dengan sangat cepat. Ini adalah sangat benar, dan saya kira bertepatan dengan apa yang dialami sekarang. Serasa sejak menjejakkan kaki ke UTP 4 tahun lepas, saya hampir lupa kebanyakan memori yang ada,yang mana kebanyakan perkara yang betul-betul saya ingat datang daripada minda bawah 6 tahun saya. Alhamdulillah sepanjang 4 tahun ini saya dibawa mengenali Islam,sesuatu yang saya tercari-cari sejak dulu. Saya pernah ada impian untuk menjadi seorang hafizah dan perkara itu saya catit pada buku nota sewaktu umur saya 15. Targetnya : 20 tahun. Sudah 2 tahun berlalu. Bertemu dengan sahabat-sahabat yang baik,alhamdulillah. Pelajaran tentang hidup. Menjejak ke usia 22 tahun ini, saya memikirkan bagaimana pula rencana Allah pada masa hadapan untuk saya. 5 tahun lalu saya membayangkan saya akan keluar dengan jayanya dari unive...