Kematangan
Dalam satu video yang saya tonton beberapa hari lepas,mengisahkan tentang hadis Rasulullah yang mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman ialah masa berlalu dengan sangat cepat. Ini adalah sangat benar, dan saya kira bertepatan dengan apa yang dialami sekarang.
Serasa sejak menjejakkan kaki ke UTP 4 tahun lepas, saya hampir lupa kebanyakan memori yang ada,yang mana kebanyakan perkara yang betul-betul saya ingat datang daripada minda bawah 6 tahun saya.
Alhamdulillah sepanjang 4 tahun ini saya dibawa mengenali Islam,sesuatu yang saya tercari-cari sejak dulu. Saya pernah ada impian untuk menjadi seorang hafizah dan perkara itu saya catit pada buku nota sewaktu umur saya 15. Targetnya : 20 tahun. Sudah 2 tahun berlalu.
Bertemu dengan sahabat-sahabat yang baik,alhamdulillah.
Pelajaran tentang hidup.
Menjejak ke usia 22 tahun ini, saya memikirkan bagaimana pula rencana Allah pada masa hadapan untuk saya. 5 tahun lalu saya membayangkan saya akan keluar dengan jayanya dari universiti,menjawat jawatan besar, melangsungkan pernikahan (?), hidup bahagia aman damai dan menulis buku.
Tapi tidak,
hakikatnya sebelum ini saya sudah banyak tersungkur, tidak cemerlang dalam kedua-dua bidang, sudah hilang minat menulis dan melukis..dan juga membaca (?)
Tidak cemerlang,terlalu susah untuk fokus.
Entahlah.
Sesekali sayu datang bertandang apabila melihat wajah ibu bapa,adik-adik saya.
Mereka sudah tentu berharap, saya akan keluar dalam masyarakat dan menyediakan kehidupan yang selesa.
Hakikatnya, saya tidak punya apa-apa.
Sesekali,dengan keadaan ekonomi semasa saya berasa amat takut untuk turun ke lapangan, membina keluarga sendiri, bagaimana dengan nasib anak-anak saya nanti. Keadaan sosial pada masa kini.
Takut.Mampukah saya untuk menjadi madrasah kepada anak-anak saya?
Mampukah saya menjadi penyejuk mata kedua ibu bapa saya dan pohon yang rimbun kepada masyarakat?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Melihat dari sisi lain,Alhamdulillah saya bersyukur.Dalam tempoh 4 tahun ini,saya diberi peluang mengembara dengan sangat banyak,mengenali ramai orang yang sangat baik dan mengajar saya erti kehidupan.
Terima kasih Allah
Di sebalik segala kesulitan Allah datangkan kemudahan dan kebahagiaan.
Pertama,
Ada satu ketika sebelum peperiksaan akhir semester sewaktu saya asasi,ada satu subjek yang saya kira saya tidak mungkin akan lulus. Saya terlalu lemah, tidak faham bagaimana untuk mungkin saya menghabiskan silibus dan angka aneh yang terdapat pada kertas latih tubi.
Bagaimana saya yang berhati batu , tidak pernah mengalirkan air mata akhirnya tewas.
Tewas sesungguhnya, dan buat pertama kali saya mengadu sebetulnya kepada ibu saya.
Selepas Allah.
Sakit.Patah hati.
Semahunya saya lunaskan beban di dada dengan air mata. Aneh, orang berhati batu, emotionless kalah. Kalah. Knock-out.
Saya, jatuh sejatuhnya.
Tidak nampak harapan.
Kemudian, ibu berkata emas kepada saya.
'Kita tiada apa-apa,kita ada Allah sahaja,Dia rindu kakak tu'
Anaknya yang seorang ini,sangat keras, tidak suka dikongkong. Akhirnya tertampar oleh takdir Tuhan.
Tuhan Maha Kuasa.
Kerana itu , akhirnya setelah beberapa tahun, saya kembali.
Kembali sedar dengan erti diri.
Makhluk Allah ; kucing yang banyak membantu. Terima kasih :)
Peristiwa itu sangat mengajar saya banyak perkara. Jangan pernah berputus-asa dan ingat semuanya ada penyelesaiannya.Percaya pada Allah.
.............................................................................................................................................................
Dan setelah semua ini , kita semua sedang diuji untuk mendapatkan syurgaNya.
Dari hati,bukan retorik

Comments
Post a Comment