meniti dewasa
barangkali ada sisa amanah yang belum terlangsai barangkali ini bertujuan mengajar kita antara tingkah kata dalam cepu fikir kemudian meluncur ke dalam hati sejuk. deru angin lembut menapak ke dalam mimpi rimbun sahaja Kau memayungi kami teduh Hati sebening mata air manakan dapat ku tangguk kini? Terima kasih atas ingatan. Hadiah daripada Tuhan Boleh jadi ya,tidak. Sabarlah. Nanti kan muncul terang dari garis langit kau kan senyum menyambutku Dan hari itu, pasti yang paling indah yang pernah ada. Bila kita berpaling dan melihat jejak lalu. Senyum. Terima kasih buat segunung harap. Semoga Allah pandu.