meniti dewasa

barangkali ada sisa amanah yang belum terlangsai
barangkali ini bertujuan mengajar kita

antara tingkah kata dalam cepu fikir

kemudian meluncur ke dalam hati

sejuk.

deru angin lembut menapak ke dalam mimpi
rimbun sahaja Kau memayungi kami
teduh

Hati sebening mata air
manakan dapat ku tangguk kini?

Terima kasih atas ingatan.

Hadiah daripada Tuhan

Boleh jadi ya,tidak.
Sabarlah.

Nanti kan muncul terang dari garis langit
kau kan senyum menyambutku

Dan hari itu,
pasti yang paling indah yang pernah ada.

Bila kita berpaling dan melihat jejak lalu.


Senyum.

Terima kasih buat segunung harap.

Semoga Allah pandu.

Comments

Popular posts from this blog

:)

puisi hujan

the unsung heroes