atifah afiqah
Seingat saya itu namanya, yang sering diulang sebelum kelahirannya. Gabungan nama saya. Sudah tentu mewarisi paras yang sama. Semuanya berlaku seperti babak imbas kembali dalam filem. Ibu yang tiba-tiba sakit dalam mobil, ayah yang panik, nenek yang menjaga saya, ayah panik lagi. Dan satu pagi yang indah, tiba-tiba ramai orang di rumah. Saya terpisat-pisat mencari Mok, seperti biasa. Mok, membawa saya ke ruangan berhampiran dapur dan berkata, "Mari tengok adik tirah" Itu, sumpah adalah antara perkara yang masih lekat di minda saya sampai ke hari ini, walaupun ketika itu saya hanya berusia 4 tahun. Kemudian dia membuka selimut yang menutupi seluruh sekujur tubuh kecil Wajah seorang bayi mungil, putih gebu yang enak tertidur di atas tilam kecil, mungkin tilam saya Masa kecil. Tangannya seperti mahu diletakkan di mulut, seperti mahu menghisap jari. Matanya terpejam rapat, alisnya, hidungnya, bibirnya yang sedikit biru memang saling tidak tumpah seperti saya. Di tanga...