kopi
Pernah kami empat beranak berkunjung ke rumah dua tingkat itu. Antara yang paling mewah di Kuala Krai kalau dikira pada tahun 1970-an. Berwarna putih dan diapit oleh barisan rumah rapat-rapat. Kalau di sana, rumah sebegitu adalah yang paling mewah, milik sepasang suami isteri pencen tidak silap. Adik-beradiknya juga menetap berhampiran dan antara high-enders di situ.
Mereka ialah saudara tiri nenek kami, yang acap datang ke rumah kayu berhadapan Sungai Kelantan bersama seplastik buah rambutan untuk membincangkan hal tanah pusaka.
Dari kecil sampai usia saya 14 tahun, memang kami kenal dengan pasangan itu. Selalu juga bercerita tentang anak-anak mereka yang tinggal di KL. Wah, sudah bekerjaya dan berkeluarga semuanya. Ada cucu-cucu yang comel dan cerdik. Tapi mereka kekal berdua di Kelantan.
Pada dinding putih yang catnya hampir tertanggal beberapa potret graduasi digantungkan seperti Hall of Fame, Dengan bangga dan senyum tak putus juga MakSu Roh dan suaminya akan menceritakan kebanggaan mereka. Baru-baru ini kami dikhabarkan bahawa Maksu Roh menghidap kanser tulang dan suaminya juga semakin uzur.
Jadi kami bertandang ke rumah itu membawakan sarang akut-akut, kata orang tua mujarab untuk menyembuhkan kanser.
Maksu Roh melayan kami tiga beradik seperti cucunya sendiri. Dia ingat pada nama saya, menghapus anggapan bahawa saya halimunan selama ini.
Banyak pula sawang saya lihat di dinding dan debu pada lantai.
Sedang asyik berbual Paksu meminta izin ke dapur. Mula-mula kendi nyaring berbunyi kuat, sebelum senyap dan bunyi bekas dibuka. Terdengar pula bunyi sudu dan jag berlaga sebelum air dituang ke dalam cawan. Aroma kopi berkepul memasuki hidung. MakSu Roh yang tidak lagi dapat bergerak sempurna meneruskan perbualan bersama kami, mengharapkan kerja dilakukan PakSu.
Kemudian asyik melayan MakSu Roh, PakSu menyertai kami meneruskan perbualan.
Setengah jam juga, Akhirnya setelah beberapa cerita lama dibuka, PakSu menjemput kami menikmati hidangan dan biskut.Beberapa kali pula.
Kami berpandangan sesama sendiri termangu.
Tiada. Dari tadi sebenarnya tiada.
PakSu sendiri pun termangu menggaru kepala sebelum disambut "Ohhhhh, dop ingat nok bawak tubik air takdih, Kuca siap doh"
Kemudian disambut hilai tawa semua orang, lelucon mungkin, dengan MakCik Rah ketawa paling kuat sambil menepuk bahu suaminya.
PakSu mengambil kembali dulang berisi cawan kopi dan sepinggan biskut. "Maaf banyok deh, bila tua ginilah", menghidang kepada kami.
"Maaf deh, jemput minum"
Dan kami menikmati kopi dengan rasa keliru mahu ketawa bersama mereka atau simpati. Saya melihat wajah kedua ibu bapa saya di hari tua pada mereka. Kasihan.
Sudah lama mungkin tidak gembira sebegini.
Sebulan kemudian kami menerima berita MakSu Roh meninggal kerana sakitnya dan PakSu sendirian. Bagaimana agaknya, bila kami teringatkan peristiwa itu, Paksu mula menunjukkan simptom nyanyuk dengan lebih kerap.
Berselang minggu, di muka depan akhbar PakSu dirempuh kereta lain ketika memandu kereta ke bandar dan dikebumikan bersebelahan isterinya.
Tidak lama mereka berpisah.

Comments
Post a Comment