Isytisyhad
"Ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingati kamu" (al-baqarah:152)
Isytisyhad.Yang Ingin mati syahid
Panjang angan-angan,ialah ciri-ciri orang yang menemui kebinasaan.
Kita sudah menemui jalan yang terbaik,kita sudah dikurniakan apa yang dipinta.Allah telah mengurniakan kasihnya kepada kita menerusi wasilah ini.
Kenapa perlu berundur ke belakang?
Teori memang mudah.
Mujahadah itu sukar,namun hasilnya manis.
Takut,kita jadi orang yang berkata-kata,bukan yang melaksanakan.(as-saff:2,3)
Tipu daya syaitan itu sungguh benar,licik.
Semakin kuat kita hendak berhijrah,Allah akan meletakkan ujian di hadapan kita ; dan itu hanyalah ujian untuk menguatkan kita.Untuk membawa kita ke syurga abadi.
Sering kali kita meletakkan diri sebagai orang yang beriman seperti dalam seruan al-Quran.Pernahkah kita membayangkan diri sebagai orang-orang yang zalim?Takut,syok sendiri......
Mengajak orang dengan kebaikan tapi tidak beramal dengannya?
Namun jangan pernah kita menjadikan alasan ini untuk tidak mengajak orang,ataupun beramal ibadat.Nanti apa jawapan kita di Padang Mahsyar?
Kuhabiskan masaku memenuhi tuntutan nafsu,dan meninggalkan segala bekal tanpa ada satu pun untuk membelaku di akhirat.
Aku beramal,cuma untuk dipandang orang.
Aku beramal,semata-mata untuk mendapatkan jodoh yang baik.
Aku beramal,guruku syaitan.
Niatku,bukan untuk Allah. :(
Tajdid niat!Pintu rahmat Allah itu sentiasa terbuka untuk hambaNya yang mahukan keampunan.
Bayangkan jika dosa itu berbau,nescaya tidak ada yang akan mampu mendekatiku.
Kita pernah tersungkur,pernah juga leka dan lalai dalam nikmat tak berpenghujung Allah.
Lupa.Comfort Zone.Statik.
Pada usia yang makin meningkat,dan masa makin hampir untuk meninggalkan dunia.Pada janggut yang memutih dan mata yang makin kabur.Pada untaian putih di kepala,kedut merayap di kulit .Jahil,menjadi asbab untuk tidak beribadat,tanpa usaha untuk memperbaiki diri.Pintu taubat itu sentiasa terbuka.Mahu atau tidak?
Teks Hadis:
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ - رضى الله عنه - قَالَ قَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى ، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِى ، فَإِنْ ذَكَرَنِى فِى نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِى نَفْسِى ، وَإِنْ ذَكَرَنِى فِى مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِى مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَىَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا ، وَإِنْ أَتَانِى يَمْشِى أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً » . (البخاري(
Terjemah:
Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Saw bersabda: Allah berfirman:
“Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, maka Aku mendekatinya satu lengan. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari”.
(Sahih al-Bukhari, Kitab: at-Tauhid, Bab: Qaul Allah Ta’ala wa Yuhadzdzirukumullah Nafsah. Juz: 6, halaman: 2694, no: 6970. Penerbit: Dar Ibni Katsir. Al-Yamamah, Beirut, Lubnan. Cetakan ke-3, tahun: 1407H/1987M).
Action,do speak louder than words!
Comments
Post a Comment