Posts

Showing posts from April, 2017

atifah afiqah

Seingat saya itu namanya, yang sering diulang sebelum kelahirannya. Gabungan nama saya. Sudah tentu mewarisi paras yang sama. Semuanya berlaku seperti babak imbas kembali dalam filem. Ibu yang tiba-tiba sakit dalam mobil, ayah yang panik, nenek yang menjaga saya, ayah panik lagi. Dan satu pagi yang indah, tiba-tiba ramai orang di rumah. Saya terpisat-pisat mencari Mok, seperti biasa. Mok, membawa saya ke ruangan berhampiran dapur dan berkata, "Mari tengok adik tirah" Itu, sumpah adalah antara perkara yang masih lekat di minda saya sampai ke hari ini, walaupun ketika itu saya hanya berusia 4 tahun. Kemudian dia membuka selimut yang menutupi seluruh sekujur tubuh kecil Wajah seorang bayi mungil, putih gebu yang enak tertidur di atas tilam kecil, mungkin tilam saya Masa kecil. Tangannya seperti mahu diletakkan di mulut, seperti mahu menghisap jari. Matanya terpejam rapat, alisnya, hidungnya, bibirnya yang sedikit biru memang saling tidak tumpah seperti saya. Di tanga...

kopi

Pernah kami empat beranak berkunjung ke rumah dua tingkat itu. Antara yang paling mewah di Kuala Krai kalau dikira pada tahun 1970-an. Berwarna putih dan diapit oleh barisan rumah rapat-rapat. Kalau di sana, rumah sebegitu adalah yang paling mewah, milik sepasang suami isteri pencen tidak silap. Adik-beradiknya juga menetap berhampiran dan antara high-enders di situ. Mereka ialah saudara tiri nenek kami, yang acap datang ke rumah kayu berhadapan Sungai Kelantan bersama seplastik buah rambutan untuk membincangkan hal tanah pusaka. Dari kecil sampai usia saya 14 tahun, memang kami kenal dengan pasangan itu. Selalu juga bercerita tentang anak-anak mereka yang tinggal di KL. Wah, sudah bekerjaya dan berkeluarga semuanya. Ada cucu-cucu yang comel dan cerdik. Tapi mereka kekal berdua di Kelantan. Pada dinding putih yang catnya hampir tertanggal beberapa potret graduasi digantungkan seperti Hall of Fame, Dengan bangga dan senyum tak putus juga MakSu Roh dan suaminya akan menceritakan ke...