sharing is caring :)



Assalamualaikum w.b.t

Hello there ! well, as you can see , i jus
t started reading a new book * membajet diri femes dengan meniru gaya anwar hadi . Apakah buku itu ? epop ? majalah astro mahupun estidotmy yang datangnya free dengan utusan setiap kali rabu ketiga ? hmm....teruskan...apa? doraemon ? salaaahh!! *sekali lagi membajet tapi bertukar gaya kepada mat luthfi dalam scene tipikal drama melayu . ehehehe . maaf , ini sudah over . Sebelum anda fed-up membaca entri yang mukadimahnya sudah cuba mengembangkan imaginasi anda mencari lipatan memori gaya yang saya sebut tadi ( kononnya ) , biarlah hamba berhenti sekadar itu sahaja . ( bimbang akan ada yang melempar baldi ke skrin lalu hamba menjerit sekuat hati ) . Ok
. Kembali kepada topik asal .

Sebenarnya , yang mahu saya kongsikan adalah mengenai Al-Biruni . Seorang tokoh ilmuwan Islam . Selama ini ,jujur saya akui takla mengetahui tentang sumbangan beliau melainkan pada pintu kelas Tingkatan 4 , 5 di sekolah dahulu . ( tulah , orang suruh cari maklumat pasal tu , si
buk nak cari detail pasal tvxq , ish ish ish ..) . Beliau sebenarnya merupakan seorang yang mahir dalam astronomi , kaji bumi , geografi , matematik , sains dan etc .
Dilahirkan di Khwarazm yang sekarang dikenali sebagai Uzbekistan . Terdapat pelbagai sumbangan beliau dan oleh kerana sindrom malasity telah melanda diri , maka ingin saya tegaskan , banyaaaakkk . hehe . Antaranya ialah menghasilkan kita
b-kitab yang menerangkan tentang ilmu farmasi , ensiklopedia astronomi , mineral dan batu permata , serta Al-Hind-geografi tentang India secara lengkap .

Beliau serba boleh kerana juga mahir menguasai sekurang-kurangnya B.Arab , Parsi , Greek , Khwarizm , Sanskrit , Syria , India dan Barbar . (FUUUHH~)

Yang penting , para cendekiawan Islam termasuk Al biruni menulis dan menuntut ilmu bukan kerana kemasyhuran tetapi kerana kecintaan serta minat mendalam pada pelbagai disiplin ilmu pengetahuan.

Jadi , bila renung-renung kembali kisah para cendekiawan Islam zaman dahulu ni , terdetik keinsafan gak . Mereka sangat wajar kita contohi kerana keikhl
asan mereka menuntut ilmu adalah kerana Allah s.w.t . Sekadar memetik contoh , Sultan Muhamad al-Fateh yang telah berjaya membebaskan Constatinople daripada Byzantine telah melakukan pencapaian hebat itu pada usia remaja .

Sedangkan saya..................asyik mengeluh mengenai assignments,tutorials,segala bagai pada usia yang sepatutnya digunakan untuk membina diri .

Hati asyik berkata "belajar rajin-rajin, nanti kerja dapat gaji banyak tanggung mak ayah " . Itu memang betul , tapi setelah itu berjaya dicapai ? Apa matlamat yang akan tinggal ek ?


Sepatutnya niat itu perlulah untuk kebaikan di dunia yang satu lagi juga . :)

Jangan tangguh-tangguh kerja ! *sangat susah untuk membuang kebiasaan ini , tapi tak mustahil kan . Aja aja fighting !

Kawan-kawan , mari kita tanamkan minat pada ilmu , biarlah study dan agama sentiasa proportional grafnya ya ! (memetik kata-kata teman sep
erjuangan yg comel , hee~ )

Kadang-kadang , cepat je diri saya mengatakan letih , malas . Doa adalah senjata mukmin . Harap-harap bila orang membaca entri ini , dikira sebagai doa . Cukup 40 kali dan ehehe..katakan tidak kepada sifat malas !


P/S:tolong sape2 yang minat nombor,bagi tips bagi menghilangkan alergi saya pada ini,sebelum simptomnya mula melarat,ehehe dan saya terpaksa menggunakan alternatif lain bagi mengelakkan diri tertidur setiap kali membuat pengiraan mahupun tepatnya menyalin langkah kerja rakan seperti ini



Comments

Popular posts from this blog

:)

puisi hujan

the unsung heroes