1
Memerhati ruangan skrin yang terpampang luas di depan
mata,berpinar-pinar lagi.Lihat lagi,berpinar-pinar.
Isytihad berteleku.Diam.
Tangannya bergerak menari di atas kekunci beberapa kali namun
dipadam semula.Kemudian dia menongkat dagu di meja stadi,merenung kosong tabir
malam.
Gelap.Langit malam ini gelap.Bintang segan mahu berbicara.Dia melepaskan keluh berat dari
dada dan tertunduk memeluk meja.
Entah mengapa,belakangan ini segala idea yang biasa terbang
meluncur dari benak tiba-tiba beku .Arus
perkataan berderu-deru menghilang
apabila dipanggil.Sunyi.
“Ashabi kan nujum bi ayyuhum iqtadaitum ihtadaitum “
Meraut wajah lantas mencapai mug berisi kopi dari birai meja,
dia tersenyum melihat nota dilekatkan di papan nota .
“ Love letters,just to remind,those are for you!Your utmost
love,should be given to Him.Hidayah Allah sangat mahal,sekali peluang tu datang
kena grab!”
Senyum sendiri.Perjalanan hidup,itu semua sudah
direncana,bukan?
Cliché
Hati manusia berbolak-balik,macam lalang.Dia juga
begitu.Graf iman yang sentiasa memuncak,mendatar dan adakala menjunam.Gumam
sendiri dalam sepi : Mohon ditetapkan iman,jangan kami menjadi golongan yang
lalai.
Jauhkan kami,tetapkan hati kami,beri kami kekuatan.
Desir dalam dada memberi jawapan.Dia bangun tiba-tiba
meninggalkan skrin putih tanpa tulisan
dan terus menuju ke rak buku
mencari sesuatu.
Sudah terlalu lama,terlalu lama.
Comments
Post a Comment