tadabbur alam :)

bismillahirrahmanirrahim

Doa Melihat Keindahan Alam

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka



Alam sentiasa bertasbih kepada Tuhan dengan caranya sendiri bahkan sentiasa mendoakan orang yang menuntut ilmu termasuk kita,tanpa kita sedar.

Alam dan seluruh isinya merupakan satu nikmat yang Tuhan kurniakan untuk kita hargai dan saling bergantung hidup.Udara - tanpanya kita tidak mampu hidup,dan sering kali menjadi rezeki yang dilupakan manusia.

Ada yang pernah berkata,jika mahu berlatih untuk ikhlas memberi tanpa balasan,berilah makanan kepada kucing,haiwan lain atau tumbuh-tumbuhan.Ini adalah kerana mereka tidak akan memberikan balasan sebagaimana manusia.

Alam dan isinya,Subhanallah sangat luas,cantik dan memberikan seribu satu ketenangan dalam hati.Ketika jiwa runsing,gelisah,dengarlah senandung alam dan kita akan rasa tenang - tenang,sunyi,mengingatkan kita akan betapa kerdilnya diri.Pulangkanlah sepenuh kesyukuran kepada Maha Kuasa,Pencipta alam ini,Subhanallah.

Baru-baru ini,kepulangan ke rumah disambut beberapa ekor kucing baru di rumah.Seingat saya cuti sebelumnya saya pulang,ada 2 ekor anak kucing putih dan kali ini,salah satunya melahirkan 3 ekor anak.Malangnya,2 mati dimakan bapa dan hanya satu yang survive.Bersamanya,seekor anak kucing berwarna putih dengan sedikit tompok hitam yang tiba-tiba ada.

Anak kucing yang putih + hitam ni selalu meleser di kaki,dan asyik mengiau yang annoying.Pada mulanya agak serabut juga kerana ke mana sahaja saya pergi,kucing ini selalu mengikut.Diberi makan sudah,minum sudah,diletak di luar dia datang balik entah dari mana.Perkara yang paling menyerabutkan ialah ngiauannya yang tak henti,dan rupa yang garang,berbeza dengan kucing yang lain.Kucing yang ini sangat aktif,usianya dalam lingkungan 2 bulan.Selama lebih kurang sebulan dia di rumah,dan walaupun serabut tetapi kami tetap melayannya.Suatu hari,kucing ini tiba-tiba hilang.Beberapa hari kemudian ia muncul dengan fizikal tak seaktif dulu,dan seakan-akan sakit.Kebetulan saudara datang bertandang dan kehadiran anak-anak yang kecil bermain dan mengusik anak kucing ini.

Melihat permainan mereka yang agak keterlaluan saya melarang mereka lalu mengalihkan kucing itu ke tempat lain.Kelihatan tubuhnya yang lemah,matanya yang kuyu dan beberapa kali ia terbatuk ( kucing batuk ? o.O ).Tiada lagi ngiauan yang menjengkelkan,tiada lagi leseran meminta makanan.

Malam itu hujan lebat,sangat lebat.

Keesokannya,sewaktu tengah hari ayah mengkhabarkan dia menjumpai anak kucing semalam di dalam longkang,sudah tidak bernyawa lagi.

Saat itu telinga rindu mendengar ngiauannya walaupun selama ini saya benci mendengarnya.

Terima kasih Allah hadirkan kucing itu walaupun sekejap.Ia mengajarkan erti kesabaran,dan hargai sesuatu sebelum kehilangannya.Setiap sesuatu pasti punya hikmah,termasuk sekecil-kecil perkara sebegitu.



sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke utp,malamnya  telinga diusik oleh ngiauan dari pantri sebelah bilik.Bila diperiksa,saya menjumpai ini,7 ekor anak kucing disorokkan ibunya di bawah sink antara celahan barang dan kotak.
Kucing,seperti memahami perasaan manusia.Satu yang saya perasan,ia sering datang bermain dan meminta makanan ketika saya dilanda ketegangan.Bermain atau melihatnya sering melepaskan tekanan pergi.Hebat kuasa Allah,menciptakan kasih-sayang,bukan sekadar kepada manusia malahan semua makhluknya.

jambatan di tasik


pasangan bahagia hemo dan domo sebelum hemo meninggal


pertama kali melihat dengan mata,bunga azalea - bunga teguh yang tumbuh meliar

berkayak dengan sahabat sewaktu menjadi ajk  sebuah event,tenang :)  sayup mata memandang


bunga yang subhanallah cantik

antara batuan yang dipelajari dalam subjek mineralogy






2nd fieldtrip kami
Allah Ya Khaliq,Maha Mencipta :)

kalau resah,lihat alam dan keagungan kuasa Tuhan yang mencipta semua ini.Menurut Dr Abdullah al-Qarni,melihat dan merenung alam semesta mampu menghilangkan penyakit syubhah yang menjangkiti pemuda sekarang.

"Tidakkah mereka perhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaanya? Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?". Surah al-Ghashiyah (88) ayat 17-20.
teringat novel contengan jalanan- hlovate :)
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada". Surah Al-Hajj (22) ayat 46.

Menariknya,dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki dan Law of Universal Attraction - Magnet Kebahagiaan,dinyatakan bahawa tips untuk menjemput rezeki dan kebahagiaan adalah dengan memberi.Memberi bagaimana?Memberi dengan kasih-sayang,menyiram pokok atau memberi makan kucing mampu menjanjikan lipatganda rezeki.Pahala dan rezeki dalam pelbagai bentuk.

Jangan lupa berbakti,juga pada alam :)

Sebaiknya,pulangkan kesyukuran pada Tuhan yang Memberi

Law of attraction : positive will attract positive :)

Comments

Popular posts from this blog

1

catatan I

life as we know it