cerita 1


     Tengah hari itu cukup panas sekali,ratusan pokok di kiri kanan jalan tidak dapat membantu mengurangkan hawa sedikitpun .Jalan bertar bersinar diterangi cahaya kuning menyilaukan dari fragmen langit bergerak-gerak macam lapis tv rosak memaksa Mariam berhenti rehat.Dia berhenti mengayuh seketika,lalu terpisat-pisat memberhentikan 'kereta' tayar duanya di sebelah 'balaisoh'(surau) kampung bermenara  tinggi.Menyertai Fadzil,Taufik dan Ridwan yang sedang enak menikmati aiskrim malaysia perisa bubur kacang extra sejuk di tangga surau.Basikal-basikal diparkir (?) di ruang lapang hadapan masjid.Bungkusan plastik berisi bawang,cili kering dan serbuk kari ditinggalkan sementara aiskrim potong dicapai ( hasil upah 20sen berkat bersetuju membeli barangan arahan golongan emak).
 
 Pijar yang membakar kulit diredakan dengan menikmati aiskrim bernilai sepuluh,dua puluh sen.Nikmatnya tak dapat digambarkan dengan kata-kata,seperti berendam di kolah atau terjun ke sungai semasa panas membahang.Sejuk amat.Mata masing-masing,tak berkedip macam hidup dalam dunia sendiri.Golongan sepupu sepapat itu memang sengaja mahu ke kedai tengah hari rembang begini,mencari peluang mahu beristirahat sambil sepoi-sepoi ditiup angin dari kipas dalam masjid.(Walhal kerja membeli hanya perlu dilakukan seorang sahaja,mengada semuanya mengikut).Mariam lagilah,sengaja ditinggalkannya Amar merengek di rumah kerana duit upah hanya mencukupi beli satu aiskrim,jika Amar ikut pasti perlu berkongsi atau semuanya diambil Amar.
(Pemikiran seorang budak tadika)

Secara tiba-tiba (tanpa angin ribut,ombak apatah lagi) Fadzil si ketua ( kerana dia sudah masuk darjah 1 ) membuka bicara.

"Pernah dengar ujikaji tak?"

" U J I K A JI ? "

Sengaja dia mengeja satu-satu huruf dalam perkataan itu untuk memahamkan yang lain ( dengan sedikit niat menunjuk,kerana hanya dia yang kenal huruf,selain Mariam yang masih terkontang-kanting)

Yang lain semua menatapnya sekejap,(dengan pandangan kosong) .Menggeleng,tak berminat kemudian menyambung makan aiskrim.Taufik yang sudah habis makan dengan rekod 1 minit mencapai pula cekedis yang ada lalu menyuap mulut,tanpa menawarkan.Fadzil menelan air liur beberapa kali kemudian menambah.

" Hoh,tak tengok TV ke?Ujikaji ni mcam kita nak buat netup-netup,tukar orang,berasap,boleh tukar robot jadi gerak tahu?"

Mendengar perkataan boleh menukar robot jadi sesuatu bergerak,Ridwan berkalih tempat.

"Ganah oo,gano-gano?".Ridwan menambah.Taufik turut sama takjub.

Positif."Yam,minat dok?Hok ni jauuuuhhh lebih hebat daripada pistol guna sumi yang kita buat dulu"

Mariam yang selalu kecewa namanya Mariam ( Dalam hatinya selalu tertanya,kenapa namanya Mariam?Dia selalu ingin nama yang lebih glamor macam kawan di tadika.Natasya, atau Anis Sofea atau Amelia.Dulu dia punya cita-cita jadi penyanyi supaya boleh tukar nama jadi lebih glamor,macam Natasya.Tiadalah dia menangis di tadika lagi apabila diejek budak lain yang namanya macam nama nenek mereka.) ,senyap seketika.

"Betul lagi hebat?"

"Ho,sungguh,tak nipu langsung!"
Fadzil dengan muka penuh berkeyakinan (sampai bergerak-gerak tubuhnya bersemangat) memujuk Mariam untuk ikut serta dalam projek besar ini.

Segaris lengkung diberikan ceria.Selepas Mariam tampak berfikir panjang.

"Nanti balik rumah Fadzil cerita!Jom balik dulu".

Kemudian semuanya bergegas pulang ke rumah pusaka yang letak tak sampai 500 meter dari situ.

Sepanjang perjalanan,Ridwan tersengih tak tentu,dia membayangkan Robot Gaban macam yang selalu ditontonnya dalam televisyen diciptanya dengan tangan sendiri.

Tentu hebat!




Comments

Popular posts from this blog

:)

puisi hujan

the unsung heroes