musafir

ما في المقامِ لذي عقلٍ وذي أدبِ مِنْ رَاحَة
 فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِبِ
  Dan tiadalah duduk setempat bagi orang cerdik dan beradab itu dianggap sebagai rehat
Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah
سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ
 وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ
Berkelanalah, engkau akan dapat pengganti orang yang kamu tinggalkan
berusahalah kerana keindahan hidup itu ada pada berpenat-penatan
إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ
 إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ
Aku melihat air yang tenang bertakung mencemar kandungannya sendiri
Sekiranya mengalir ia akan baik, sekiranya ia tidak mengalir, tercemar
والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست
 والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب
Singa sekiranya tidak keluar dari kepompong dunianya nescaya tidak akan dijinakkan
anak panah kalau tidak berpisah dengan busurnya nescaya tidak akan mengena sasarannya
والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة
 لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ
Matahari sekiranya tidak bergerak daripada orbit selama-lamanya
nescaya akan bosanlah Arab dan ‘Ajam
والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى في أَمَاكِنِه
ِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب
Emas hitam(petroleum) adalah sama seperti tanah biasa sekiranya tidak dikeluarkan
dan kayu ‘aud(dijadikan pewangi yang sangat mahal harganya) sekiranya kekal di tanah maka samalah seperti kayu biasa
فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبه
ُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ
Jika(kayu ‘aud) itu dikeluarkan maka hebat dan tinggilah permintaannya
dan jika(emas hitam) itu dikeluarkan maka hebatlah ia seperti emas

[Syair karangan Imam Syafi'e radhiallahu 'anhu]

Nota 1 : Langit.Harapan.


Nota 2 : Hujan.

Nota 3 : Kematian yang menghidupkan.



Comments

Popular posts from this blog

:)

puisi hujan

the unsung heroes