1
Memerhati ruangan skrin yang terpampang luas di depan mata,berpinar-pinar lagi.Lihat lagi,berpinar-pinar. Isytihad berteleku.Diam. Tangannya bergerak menari di atas kekunci beberapa kali namun dipadam semula.Kemudian dia menongkat dagu di meja stadi,merenung kosong tabir malam. Gelap.Langit malam ini gelap. Bintang segan mahu berbicara.Dia melepaskan keluh berat dari dada dan tertunduk memeluk meja. Entah mengapa,belakangan ini segala idea yang biasa terbang meluncur dari benak tiba-tiba beku .Arus perkataan berderu-deru menghilang apabila dipanggil.Sunyi. “Ashabi kan nujum bi ayyuhum iqtadaitum ihtadaitum “ Meraut wajah lantas mencapai mug berisi kopi dari birai meja, dia tersenyum melihat nota dilekatkan di papan nota . “ Love letters,just to remind,those are for you!Your utmost love,should be given to Him.Hidayah Allah sangat mahal,sekali peluang tu datang kena grab!” Senyum sendiri.Perjalanan hidup,itu semua sudah dir...

Comments
Post a Comment