Posts

Showing posts from January, 2013

book review : negeri 5 menara & ranah 3 warna II

Image
..........continued Pengembaraan zaman sekolah Alif berakhir selepas tamat dia menjadi siswa kelas enam.Berminat dengan dunia kewartawanan,fotografi,Alif kemudian pulang ke kampung dengan macam-macam pengalaman sepanjang menuntut.Pilihan ke Pondok Madani dulu sememangnya pilihan yang tepat. (Ingat surah al-baqarah:216 --> “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”) Ending novel dia,(Inspiring!Tertanya-tanya apa yang terjadi selepas waktu mereka di PM) Alif pun berjaya capai impian dan bergelar wartawan di Amerika.Details?kena baca sendiri,baru syok. Sekarang,mari sambung ke cerita kedua : Ranah 3 warna ( ranah : tanah datar,dataran rendah,lembah ),mewakili perjalanan Alif di 3 benua berbeza. Kali ni,mantera kedua sentiasa lekat di fikiran Alif : man shabara zhafira,sesiapa yang bersabar,dialah yang beruntung. Novel ni lebih ...

book review : negeri 5 menara & ranah 3 warna

Image
Buku ni memang ada dalam wishlist nak baca sebab haritu tertengok trailer movie serta lagu dia,cuma bila ke kedai cari-cari tak jumpa agak frust la juga.Setelah beberapa bulan,mungkin tahun?hasrat nak membaca pun menghilang begitu sahaja.Hinggalah satu hari,semasa berjalan-jalan di kedai buku meninjau novel lain mata terpanah pada satu cover buku.Hati terjatuh begitu sahaja tergolek-golek meninggalkan saya sendiri.Benarlah bak kata 'mantera' novel ni : man jadda wajadda. krik2 Macam mimpi.*bayangkan music background I have a dream - ABBA* ,sigh,efek mamma mia Angin sepoi-sepoi bahasa berlalu menampar pipi,menggalakkan saya supaya membeli novel tu.Hanya saya dan novel tu,dia satu-satunya.Cover dah renyuk sedikit mungkin kerana sudah ada yang berminat mahu membeli tapi tak berjodoh.Ini emang namanya jodoh saya dan buku itu!Sudah ditakdirkan Allah.Bagi melengkapkan pakej dan mempersiapkan diri supaya tak kecewa lagi dihiburkan cerita tergantung,tangan saya mencapai pula nove...

the unsung heroes

Image
Belakangan ini,kita sering disajikan dengan berita tentang pemberontakan di Algeria yang nyata telah menawan ramai tebusan warga asing.Dikatakan,para pemberontak marah terhadap tindakan tentera Perancis menceroboh Mali. http://www.astroawani.com/news/show/pemberontak-culik-40-tebusan-dua-terbunuh-4276 Mali di Afrika,Malta di Eropah,lain dengan Maldives atau Malaysia,eh? Namanya hampir sama,satu fakta yang menarik ialah negara-negara tersebut mempunyai ramai penduduk beragama Islam dan menyimpan sejarah ketamadunan Islam yang cukup panjang. Menurut atlas,Mali ialah sebuah negara berkeluasan 478,841 kaki persegi yang berada dalam keadaan 'landlocked',terdiri daripada gurun atau separa gurun.Kaya dengan hasil bumi dan mengeksport emas,Mali pernah berada di bawah jajahan Perancis dan merdeka pada tahun 1960. http://bincang.net/forum/showthread.php?120332-Perancis-campurtangan-perang-di-MALI-another-crusades-war-againts-islam Bila baca link di atas,sebenarnya t...

soalan tentang kita

Bismillahirrahmanirrahim Membelek helaian kertas zaman persekolahan membuat saya berhenti,berfikir sejenak.Ke mana hilangnya perbendaharaan kata,pengetahuan am,fakta umum,ilmu yang diteguk daripada sukatan pelajaran di sekolah? Paling penting,ke mana hilangnya semangat menuntut ilmu yang berkobar sewaktu usia remaja? Pertambahan usia menyaksikan kekreatifan semakin memudar.Sayang. Sewaktu itu,perkara yang paling menarik perhatian adalah buku yang mengandungi peta dan cerita mengenai tempat.Travelog,gambar bungaan,manusia sekeliling dunia.National Geographic. Kita tidak mampu untuk menjelajah kesemuanya namun sekurang-kurangnya menjelajahlah dengan minda! Kita sangkakan wang harta yang paling tidak ternilai,asyik menggumam sendiri-untunglah ada duit,selalu boleh melancong.Oversea. Senyum :) Kita ada nikmat iman dan Islam,bersyukurlah.Kita ada akal,yang membezakan kita dengan haiwan.Akal itu dikurniakan Tuhan untuk kita berfikir,untuk melancong. Melancong,bagaimana? ...

kisah

Ada kisah yang yang ingin saya kongsikan. Ini tentang seorang pengutip sampah di daerah kami.Pemuda itu,berkelulusan hanya SPM,dilahirkan dalam keluarga yang dikategorikan sebagai miskin tegar dan dialah yang diharap untuk menanggung keluarganya setelah kematian bapa.Hidupnya susah,selepas sekolah dia mencari sesuap nasi dengan bekerja sebagai pengutip sampah bagi majlis perbandaran.Pernah,ibunya menangis melihat yang ada di poket bajunya bukan wang tetapi ulat.Apakan daya,itulah kerja yang ada untuk menanggung mereka sekeluarga. Pemuda itu kemudian melihat peluang perniagaan di tempatnya dan hasilnya dilihat bakal mengubah nasib mereka sekeluarga,namun ketika hasil itu hampir dituai,terjadilah suatu bencana yang memusnahkan segalanya. Dia redha akan apa yang terjadi terus berusaha,seterusnya menyerahkan segalanya pada Allah.Betapa tabahnya pemuda ini walaupun pada ketika itu dia hampir tidak punya apa-apa.Jawabnya-aku masih punya Allah. Hasbunallah wani'mal wakeel. Ditimpa u...

h.o.l.i.d.a.y

Image
assalamualaikum and bismillahirrahmanirrahim recently,i'm being lil' paranoid of writing - worried if there things that I wrote but me myself do not complete the acts.Or in simple words,do not walk the talk. It is creepy,especially when we got full of leisure time and satans,lusts come in to hesitate us when good things came across our mind.It is satans job to let us go astray,and to find inner peace -we must fight them!Fight how?-by follow what Allah has instruct us to do and left all what He do not allow us to do.(or eat,or see? ,anything ) berehat ke? hmmm....... In a kuliyyah before,the speaker talked about dai'e,as people who invite people to good,we must firstly do what we invite people to do. Afraid. "O you who have believed, why do you say what you do not do? Great is hatred in the sight of Allah that you say what you do not do."(as-saff:2-3) al Imam al-Ghazali in his book,Melawan Hawa Nafsu or literally translated as fighting the lust firs...