book review : negeri 5 menara & ranah 3 warna

Buku ni memang ada dalam wishlist nak baca sebab haritu tertengok trailer movie serta lagu dia,cuma bila ke kedai cari-cari tak jumpa agak frust la juga.Setelah beberapa bulan,mungkin tahun?hasrat nak membaca pun menghilang begitu sahaja.Hinggalah satu hari,semasa berjalan-jalan di kedai buku meninjau novel lain mata terpanah pada satu cover buku.Hati terjatuh begitu sahaja tergolek-golek meninggalkan saya sendiri.Benarlah bak kata 'mantera' novel ni : man jadda wajadda.

krik2

Macam mimpi.*bayangkan music background I have a dream - ABBA* ,sigh,efek mamma mia

Angin sepoi-sepoi bahasa berlalu menampar pipi,menggalakkan saya supaya membeli novel tu.Hanya saya dan novel tu,dia satu-satunya.Cover dah renyuk sedikit mungkin kerana sudah ada yang berminat mahu membeli tapi tak berjodoh.Ini emang namanya jodoh saya dan buku itu!Sudah ditakdirkan Allah.Bagi melengkapkan pakej dan mempersiapkan diri supaya tak kecewa lagi dihiburkan cerita tergantung,tangan saya mencapai pula novel sambungannya.Tinggal satu je lagi yang membuatkan koleksi ni tak lengkap.(Memanglah,yang ketiga tak keluar pun lagi,penulis dia tengah tulis la tu)


jangan bimbang,buku ni sudah diedit dalam bahasa Malaysia(kot?).Tapi saya fahamlah ceritanya,sebab kalau bahasa Indonesia memang saya takkan faham walaupun orang anggap saya faham.#eh?

Sepanjang hari saya disiram indah,macam mengembara ke kehidupan orang lain,yang kadang-kadang memantulkan refleksi pada diri sendiri.

*****************************************************************************

Orang berilmu dan beradab tidak akan tinggal diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah,kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah,manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang
Imam Syafie (ni para pertama kata mutiara yang ada pada halaman pertama)

Novel ni sebenarnya merupakan kisah yang diadaptasi daripada pengalaman hidup penulisnya sendiri,A.Fuadi.Watak dalam novel ni ialah Alif Fikri,berasal daripada pinggir Maninjau,Sumatera.Dia baru sahaja selesai ada ujian kat sekolah(dia sebelum ni sekolah kat madrasah tsanawiyah),kalau kita kira PMR la kot,dan salah seorang pelajar cemerlang di daerahnya.Impiannya nak jadi macam Habibie(yang lepas tu saya baru discover ialah mantan Presiden Indonesia) iaitu seorang jurutera,lulusan ITB -Institut Teknologi Bandung,dan belajar kat obersea.Impiannya,lepas ujian tu,dia akan masuk SMA-sekolah harian biasa yang elit kat Bukittingi,pursue kat ITB dan jadi macam Habibie.Dan di sinilah konflik bermula.Mak Alif,seorang guru yang cekal hati,nak anaknya masuk sekolah pondok dan jadi macam HAMKA.Katanya,belanja madrasah lebih murah dan ada juga orang tua yang hantar anak ke madrasah kerana anak tak cukup syarat untuk masuk SMA atau SMP,yang menjadikan madrasah tempat murid kelas dua.

Mak Alif memang berjiwa besar,dia mahukan ada tunas unggul dari madrasah dan Alif nanti jadi macam Buya Hamka,pemimpin agama yang hebat dengan pengetahuan yang luas.Impian Alif nak masuk SMA berderai,ayah dia yang biasanya cenderung menyokongnya pun mengikut saran ibunya.Tengah-tengah serabut,mogok,datang surat daripada Pakcik Gindo yang belajar di Mesir,mencadangkan nama Pondok Madani,di Jawa Timur sebagai alternatif.

Akhirnya,Alif anak Minang yang tak pernah keluar Sumatera pun nekad mahu belajar di Pondok Madani(walaupun dia tak jelas pun dengan tempat tu)

Kelakarnya apabila dicanangkan kepada orang kampung dan saudara sebagai alasan dia ke Jawa:

Uthlubul ilma walau bisshin-Tuntutlah ilmu walau ke negeri China
ke China pun disuruh belajar,apatah lagi Jawa. T_____T

Sampai di Pondok Madani,disambut dengan sepanduk "Ke Madani,apa yang kau cari?"

- memberontak tidak masuk SMA?kalau ya,mampu ke bertahan(saya terfikir,bagusnya sekolah ni!buat kita tajdid niat).

Di PM,ada macam-macam kegiatan,bahasa pengantar ialah bahasa Inggeris dan bahasa Arab SAHAJA.freshies dibenarkan guna bahasa rojak campur bahasa Indonesia tapi untuk 2 3 bulan sahaja,lepas tu,kenot.Macam-macam kegiatan ada,muzik,seni,olahraga,semuanya disiapkan.Students pun ada jadual bangun pukul berapa,tidur pukul berapa.Baca novel ni seyes macam bayangkan Hogwarts versi Arab/BI dan tak ada magis.Islam diterapkan sebagai cara hidup,bukan sebagai mata pelajaran khusus.Islam umpama oksigen,ada di mana-mana.

Dan mengejutkan Alif ialah nak masuk PM kena ada interviu,(ni saya terbayang ala-ala interviu Imtiaz yang saya tak pas masa lepas upsr dulu).Tough,ada ujian bertulis dan hanya cream of the cream je layak.Alhamdulillah Alif lulus dan bermulalah hidupnya sebagai Pelajar PM.(walaupun dia kadang-kadang cemburu dengan kiriman surat Randai,sahabat sama-sama Maninjau yang menjalani hidup impian di SMA,dan berjaya ke ITB)

Nak cerita details memang ambe tak larat  tapi lawak bila ada hukuman yang tegas menanti bila melanggar warta --> contoh tak guna bahasa Arab /BI ,lewat ke masjid,tak pakai kain pelikat/sarung ke masjid ( yang ni lawak sebab ada kawan dia,Baso tak silap,yang tak jumpa cari kain pelikat sebab ada 1 je,kalut sebab loceng dah berdenting.Nanti akan ada ketua disiplin yang naik basikal tahan kalau lewat dan pakai tak proper,disebabkan takut Baso ni pun capai selimut batang padi,ikat gaya kain pelikat dan jalan rilek depan ketua disiplin tu,membuatkan si ketua ni termangu tengok fesyen baru,HAHA)


Sistem disiplin sekolah ni pun memang cukup unik,membuatkan pesalah jadi macam drakula,cari pesalah lain-berkesan dan selaku pemecah rekod pelajar baru,Alif berserta 5 sahabat lain (Said dari Surabaya,Baso dari Sulawesi,Dulmajid dari Madura,Atang dari Bandung dan Raja dari Medan) menjadi sahabat baik,ahli Sahibul Menara.(Baca buku ni tak pasal-pasal gi hafal nama tempat kat Indonesia,kat Malaysia pun tak tahu banyak lagi,haha).

Setiap chapter ada kisah tersendiri dan menarik,tentang kelas pertama yang menekankan kepentingan kesungguhan,man jadda wa jadda,macam sengatan lebah yang memangkin anak-anak PM untuk mengejar ilmu yang diberikan.PM tiada sijil,sijilnya ialah ilmunya.Masing-masing ahli sahibul menara ada potensi tersendiri dan PM tempat mereka develop.(Banyak teringat kenangan zaman sekolah somehow,membuatkan ini sangat dekat di hati).Ini adalah kisah tentang 6 orang pemuda yang setiap senja memandang langit bergambarkan 5 negeri impian mereka dari bawah menara PM. Dan mereka adalah sahibul menara (pemilik menara).
Di mata belia mereka, awan-awan itu menjelma menjadi negara dan benua impian masing-masing. Kemana impian jiwa muda ini membawa mereka? Mereka tidak tahu. Yang mereka tahu adalah: Jangan pernah remehkan impian, walau setinggi apa pun. Tuhan sungguh Maha Mendengar.

Novel ni takde heroin - ok mungkin Mak Alif la kot,dan crush dia anak Ustaz Khalid,Sarah(nervous sampai ambil gambar tak ingat letak kodak).Tapi isi buku ni ceritakan tentang persahabatan,pengalaman,impian,man jadda wa jadda!kesungguhan.

Makcik-makcik kantin pun dilatih berbahasa arab,sampai nak bagi makanan pun 'tafaddhal ya bunayya ',bukan selamat makan dik,bayangkan makcik Sufiah cakap macam tu,tidaaaaakk.Ada satu part yang kisahkan tentang perlawanan bola,sampai pengetua,Kiai Rais yang berserban berjubah pun terer main bola rupanya.Maradona hafal Quran.Alif yang sampai bermimpi dalam bahasa Arab disebabkan memang diasuh berbahasa syurga,berlatih pidato,kelas,kisah-kisah imtihan,persatuan,drama,dan banyak lagi.

A.Fuadi bijak menganyam bahasa membuatkan buku memang tak lepas di tangan sampai habis,buat emosi asyik terikut je dengan cerita dia.Ada satu chapter yang cerita pasal Perlawanan Piala Thomas semi-final kat KL,1992.Malaysia lawan Indonesia,ok ini sangat exciting.Selaku mantan peminat tegar badminton,(sekarang susah tgk tv),best gak baca dari pandangan penyokong Indonesia.Masa tu,Malaysia menang 3-2 seterusnya layak ke final lawan China tak silap dan rangkul Piala Thomas kita setelah lama tewas.Situasi masa tu memang mendebarkan,sengit.Malaysia dengan sokongan penyokong tuan rumah dan Indonesia kental tak nak kalah.Malaysia dibarisi Misbun Sidek,Foo Kok Keong,Rashid Sidek,Razif dan Jailani Sidek,dan Ong Beng Teong,Cheah Soon Kit.Pengarang memang cerita detail tentang perlawanan ni,teringat pula komik anak-anak Sidek dulu,hehe.Perlawanan tu sebenarnya cerita tentang trick Dulmajid yang membolehkan PM menonton perlawanan menerusi TV yang selama ni memang tak wujud dan diharamkan tengok di PM.

Sedih part last,Baso terpaksa balik,tak sempat habiskan pengajian di PM kerana neneknya sakit dan sahabat Sahibul Menara baru tahu sebab mengapa Baso mahu mendalami al-Quran dan menghafaznya ialah kerana mahu memberikan pakaian syurga kepada ibu bapanya yang dah meninggal dunia.

Saya?Kita?

Tak pernah terfikir pun camtu,menginsafkan T_____T

jangan lupa adab menuntut ilmu,adab berguru,jangan pernah henti berdoa kerana Dia sentiasa mendengar,memberi harapan kepada yang pernah jatuh.Restu ibu bapa.



adios amigos,to be continued --> sebahagian gambar ihsan incik gugel,daripada movie dia,tak pernah tengok lagi.

http://www.indonesianfilmcenter.com/pages/filminfo/movie.php?uid=7296dafdf5eb

sinopsis dan trailer















Comments

Popular posts from this blog

:)

puisi hujan

the unsung heroes