kisah
Ada kisah yang yang ingin saya kongsikan.
Ini tentang seorang pengutip sampah di daerah kami.Pemuda itu,berkelulusan hanya SPM,dilahirkan dalam keluarga yang dikategorikan sebagai miskin tegar dan dialah yang diharap untuk menanggung keluarganya setelah kematian bapa.Hidupnya susah,selepas sekolah dia mencari sesuap nasi dengan bekerja sebagai pengutip sampah bagi majlis perbandaran.Pernah,ibunya menangis melihat yang ada di poket bajunya bukan wang tetapi ulat.Apakan daya,itulah kerja yang ada untuk menanggung mereka sekeluarga.
Pemuda itu kemudian melihat peluang perniagaan di tempatnya dan hasilnya dilihat bakal mengubah nasib mereka sekeluarga,namun ketika hasil itu hampir dituai,terjadilah suatu bencana yang memusnahkan segalanya.
Dia redha akan apa yang terjadi terus berusaha,seterusnya menyerahkan segalanya pada Allah.Betapa tabahnya pemuda ini walaupun pada ketika itu dia hampir tidak punya apa-apa.Jawabnya-aku masih punya Allah.Hasbunallah wani'mal wakeel.Ditimpa ujian sebegitu,suatu hari peluang untuk merubah hidup datang kepadanya sekali lagi dengan cara yang tak disangka-sangka.
Kali ini,dia mengusahakannya sepenuh hati dan alhamdulillah dia kini bergelar seorang jutawan.Setelah kaya pun,pemuda pengutip sampah ini tidak melupakan kisah silamnya.Setiap detik dia mengucapkan syukur kepada Tuhan dan sebelum memulakan hari,dia tidak lupa untuk bersedekah dan menyumbangkan harta untuk kerja amal kebajikan.Hidupnya berubah secara drastik namun dia tidak pernah melupakan pada yang memberikannya kekayaan.
Betapa sepenuh pengharapan hanyalah pada Allah,dan jangan pernah putus asa.Terus berusaha,ada yang lebih baik menanti selepas setiap ujian itu.

Comments
Post a Comment