soalan tentang kita
Bismillahirrahmanirrahim
Membelek helaian kertas zaman persekolahan membuat saya berhenti,berfikir sejenak.Ke mana hilangnya perbendaharaan kata,pengetahuan am,fakta umum,ilmu yang diteguk daripada sukatan pelajaran di sekolah?
Paling penting,ke mana hilangnya semangat menuntut ilmu yang berkobar sewaktu usia remaja?
Pertambahan usia menyaksikan kekreatifan semakin memudar.Sayang.
Sewaktu itu,perkara yang paling menarik perhatian adalah buku yang mengandungi peta dan cerita mengenai tempat.Travelog,gambar bungaan,manusia sekeliling dunia.National Geographic.
Kita tidak mampu untuk menjelajah kesemuanya namun sekurang-kurangnya menjelajahlah dengan minda!
Kita sangkakan wang harta yang paling tidak ternilai,asyik menggumam sendiri-untunglah ada duit,selalu boleh melancong.Oversea.
Senyum :)
Kita ada nikmat iman dan Islam,bersyukurlah.Kita ada akal,yang membezakan kita dengan haiwan.Akal itu dikurniakan Tuhan untuk kita berfikir,untuk melancong.
Melancong,bagaimana?
Dengan membaca,kita membayangkan apa yang terjadi sewaktu itu.Membaca meletakkan kita di sesuatu tempat sedangkan kita masih di sini,menghadap buku.Secara mudahnya,bayangkan membaca sesebuah novel-tanpa sedar kita akan membayangkan perjalanan cerita itu seperti di skrin,kan?
Hebat kuasa Tuhan,Subhanallah.
Usai membaca artikel Ust Hasrizal,Geografi mengantarabangsakan minda,saya terdiam sebentar.Berteleku.
Benar, :)
http://saifulislam.com/?p=395
Suatu ketika dahulu,kami golongan awal remaja pasti asyik bercerita tentang drama yang baru ditayangkan di kaca televisyen.Salah satu yang menggamit perhatian ketika itu adalah drama yang memaparkan keindahan salji,gunung berais,dewan ballroom yang memaparkan putera dan puteri seperti hikayat dongeng menari,dan dewan yang dipenuhi pemuzik orchestra.
Menontonnya seperti membawa diri berada dalam salji,membayangkan bahawa ‘akulah yang sedang mengalunkan muzik itu’.Bertungkus-lumus menghafal not-not muzik dan hukumnya.Forte piana,allegra,da coda.Melembutkan jari menutup lubang-lubang pada clarinet untuk menghasilkan bunyian merdu.
Itu di Austria.Salzburg.Tempat kelahiran Wolfgang Amadeus Mozart.Prodigi yang melahirkan Simphony No 5 dan menggubah lagu Twinkle Star seawal usia 5 tahun.
Menontonnya cukup membuatkan saya terpukau sehingga selepas itu,segala maklumat tentang muzik memikat hati.Muzik Bach,Schubert dan era Romantisme yang telah membawa era baru ke dalam dunia muzik.Kemudian,dalam buku yang berlatarbelakangkan Bukhara,Samarkand,saya menemui Tchaikovsky.Muziknya 1812 Overture dan The Swan Lake yang cukup popular dijadikan pementasan balet hingga ke hari ini. (walhal Bukhara ialah tempat lahir bagi Imam al-Bukhari,periwayat hadis sahih)
Van Gogh,Michaelangelo.Starry Night.
Atlas cukup memukau waktu itu,cerita tentang rakyat,budaya.Cerita tentang manusia dan peradabannya.
Menemukan orang pertama yang mengelilingi dunia bukanlah warga Sepanyol Ferdinand Magellan,kerana dia telah meninggal dunia di Filipina sewaktu usahanya untuk mengelilingi dunia,tetapi Panglima Awang,seorang rakyat Melaka yang membantunya.Kemudian,Panglima Awang menetap di Sepanyol,dan meninggal dunia di sana.Dia telah berkahwin dengan rakyat di sana dan membuka sebuah petempatan yang kemudiannya berkembang menjadi Bandar Malaga,dinamakan sempena nama negeri asalnya.Cerita ini tidak pernah dibukukan dalam sejarah barat namun kebenarannya terbukti.
Laksamana Zheng He,Ibnu Battuta,Marco Polo dan Christopher Columbus.Mereka semua pengembara hebat,namun Laksamana Zheng He dan Ibnu Battuta jarang disebut makalah Barat,sedangkan sumbangan mereka lebih signifikan dan maklumat yang diberikan mengenai tempat yang mereka kunjungi nyata lebih rinci.Mereka beragama Islam.
Kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka juga jarang disebut-sebut,begitu kisahnya Wali Songo yang menampilkan pelbagai metode yang menarik dalam dakwah termasuk menggunakan wayang kulit,alatan muzik dan silat.Islam tersebar kerana kebijaksanaan mereka.Kualiti yang ada pada diri mereka hasil didikan iman dan aqidah yang teguh telah menghasilkan realiti yang sangat menarik.Islam tersebar luas di Nusantara.
Geografi dan sejarah ternyata lebih luas pengertiannya daripada subjek yang dipelajari semasa sekolah.Ianya ada di dalam setiap ceruk hidup kita!
Katakanlah: “Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Al-Ankabut 29:20]
Itu tentang pengembaraan-hidup dan tempat.Sejarah pula ialah penceritaan kehidupan.Sirah.Satu kisah yang cukup menginsafkan saya ialah tentang Hindun,isteri Abu Sufyan yang terkenal kerana perbuatannya memakan jantung Saidina Hamzah,bapa saudara Rasulullah SAW.Hindun ialah ibu kepada Muawiyah bin Abu Sufyan,pengasas Bani Umayyah.Sebelum Islam,dia ialah seorang yang sangat kejam dan perbuatannya makan jantung bapa saudara Nabi,yang biasa melindungi Nabi sangat dibenci umat Islam.Hidayah menyapa Hindun dan ketika menemui Rasulullah untuk menyatakan hasrat mengucap syahadah,dia berkelubung untuk mengelakkan sebarang perbuatan balas daripada baginda.
Tanpa disangka,Rasulullah mengucapkan selamat datang Hindun kepada Islam sedangkan dia telah membunuh bapa saudara kesayangan Nabi.
Rasulullah sangat pemaaf :) (Kita umatnya bagaimana?Tepuk dada tanya iman)
Geografi secara separa minda menjadikan minda kita lebih terbuka.
Tuhan telah mendidik kita untuk menjadikan akhirat sebagai matlamat dan dunia sebagai jambatan ke sana.Ilmu kita terlalu sedikit,jika dibandingkan dengan ilmu Allah yang cukup luas.Cukup itu sebagai peringatan bahawa kita ini hamba-Nya yang terlalu lemah,sangat bergantung kepada-Nya.Mungkin itu jawapan kenapa tiada lagi enthusiasm untuk menuntut ilmu-kerana sudah merasakan diri ini sudah banyak ilmu.Nauzubillah,minta dijauhkan.Salah satu tanda kiamat akan berlaku ialah ilmu-ilmu akan diangkat.Melalui kematian ulama’ dan tenggelamnya masyarakat dalam hiburan melampau.Banyak lagi ilmu yang perlu diteroka.
Pengalaman berada di sebuah tempat pengajian baru-baru ini cukup menyedarkan,tentang kehidupan,tentang hal agama,fardhu ain-dari perkara yang sering kita anggap remeh seperti thaharah hingga ke persoalan tunjang yakni aqidah.
Ilmu Allah terlalu luas,cukup luas.Semakin kita mendalaminya,semakin kita sedar bahawa kita masih tidak tahu banyak perkara,terlalu banyak..Menjadi mukmin kreatif pun salah satu tuntutan agama - kreatif bersandarkan syari'e.Gunakan apa yang dikurniakan Tuhan kepada kita untuk membawa kita dan orang lain kepada-Nya.
Menuntut ilmu bukan kerana pointer,tetapi kerana ilmu itu sendiri dan kerana kita orang yang mahukan dunia dan akhirat kan ? :)

Fastabiqul khairat!
[58:11] Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Comments
Post a Comment