Posts

Showing posts from 2013

senja

Image
kaki langit teriak burung berisi doa berlegar , lalu transit di garis langit mengira rezeki saban hari barangkali. dari kaki langit ia kembali ke sini.pulang. nadi pekan kecil waktu senja warna langit sekelam hati gundah. di telinga masih juga ia berteriak diiring suara kereta api dan cahaya dari hujung terowong menyimpan segala cerita,kisah namakan apa sahaja tentang umatnya. deru sungai sunyi entah apa lagi rahsia dan kandungan lubuk tatkala enjin peronda menjengah telinga pekan penuh kenangan. apa khabar agaknya teman waktu kecil nasib malang kala bah menyapa kita suatu ketika dahulu? gajah kuda ular gah dicanang merata negeri hilang tanpa khabar disembunyi hutan hijau pinggir pekan Terlihat pakcik berkopiah menapak kecil ke madrasah. anak kecil berlari pantas mengejar oh,Tuhan sudah memanggil. Senja.

peringatan

Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu. Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirlah kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan. Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap. Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan. Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi keperluan pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan. Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik. Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kena...

found this ^^

Image

fatih

Image
'What doesn't kill you makes you stronger Yang memenatkan kita bukanlah kerja,tapi maksiat yang bersangkutan di hati kita Ut tensio sic vis 'Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar.' (at-Taubah : 128-129 )

isytisyhad

Dia bukan wanita biasa,tentu sekali bukan.Bagi seorang kanak-kanak yang bakal menyambut ulang tahun ke-5 bertemankan deru sungai dan gulai kuning udang bersama ikan patin juara serta ulaman kampung bercicah budu malam ini,wanita itu ialah seorang pelindung,dunianya.Pandangan mata teduh,redup menyambut kepulangan lelaki yang tidak kurang istimewa dalam hidup mereka berdua – bersama secebis senyum samar-samar dalam kegelapan malam. Hening. Pandangan bertaut sejeda,turun menyeluruhi wajah pendekar kecil,kemudian menguntum senyum pada duanya.Penuh syukur. Cahaya oren,dari mentol sepasang pada ruang kecil menempatkan ruang makan,dapur dan bilik air pada rumah kayu pinggir sungai itu nyata,lebih membahagiakan daripada makan di bawah lampu lilin manapun. Berlatarbelakangkan simfoni alam dan sahutan cengkerik,muzik dalam hati nyata lebih indah dari apapun konserta susunan orchestra bertaraf antarabangsa. Itu,adalah antara fragmen memori yang acap kali muncul dalam jiwa apab...

this wordly life

Image
How beautiful, is this worldly life But not a soul shall remain We all come into this world Only to leave it one day I can see that everything around me Rises then fades away Life is just a passing moment Nothing is meant to stay, oh Chorus: This worldly life has an end And it's then real life begins A world where we will live forever This beautiful worldly life has an end It's a just bridge that must be crossed To a life that will go on forever So many years, quickly slipping by Like the Sleepers of the Cave Wake up and make a choice Before we end up in our graves O God! You didn't put me here in vain I know I'll be held accountable for what I do This life is just a journey  And it's taking me back to You Chorus So many get caught in this beautiful web Its gardens become an infatuation But surely they'll understand at the final stop That its gardens are meant for cultivation, oh

kudup fajar

Image
seperti embun menitik sendu pagi langit fajar sadiq girang membuka kelopak hati dan engkaulah embun itu bukan? -seperti kepompong kami diikat dalam jagaan keras sampai masa kau biarkan kami terbang sendiri dengan kekuatan yang kau bina dari dalam terima kasih untuk itu, hikmah yang kini mengetuk pintu hati ibrah usai pengalaman 22 : 76,77 - Ia mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka dan kepada Allah jualah kembalinya segala urusan. Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). hujan, Tronoh.

will you hate me ?

Image
Will you hate me? by Dawud Wharnsby Ali Smile in the two- way mirror of my eyes I put on my faith like I wear a disguise You can’t see my soul See the life that I live Show you the mask of the best I can give I’ve hid here afraid like a child behind. Truth of my thoughts that clutter my mind. What if you knew about all that I do? Things that I think, The me that is true.Would you call me a hypocrite? Call me a liar? Would you curse out my name? Would you damn me to fire? Would you know what to say? Or would you just walk away? Afraid the me I’ve tried to hide Would too closely resemble the truth of you that lies inside? I’ve been looking for answers since becoming an adult Not looking for dogma to live like a cult I’ve been looking to live, I’ve been living to find Freedom from cages that limit my mind. Would you call me a hypocrite? Call me a liar? Would you curse out my name? Would you damn me to fire? Would you know what to say? Or would you just walk away? Afraid the me I’ve tr...

deja vu

dimensi baru bila anda dalam keadaan gembira amat kemudian sayu.Tiba-tiba. Hati-hati,istighfar. Mungkin ada yang mahu ditunjukkan. Sederhana dalam semua. Apapun jua. :) Lesson learned Maka tertawalah mereka sedikit (di dunia yang sementara ini) dan menangislah banyak (di akhirat nanti), sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah al-Taubah ayat 82) dan sesungguhnya itu menggerunkan.

baju kurung

"Tuanku, pacal namakan busana pertama ini baju kurung.Boleh sahaja disediakan untuk lelaki mahupun perempuan.Tetapi dengan sedikit perbezaan.Adapun pacal namakan baju kurung kerana pertama busana ini dikurung syara'. Pakaian melayu itu haruslah dikurung ketentuan syariat.Maka memang pacal rekakan pakaian ini supaya labuh, longgar, selesa dan tidak mengetam.Adapun kurung itu juga bermakna dikurung adat.Manusia Melayu itu apabila mengenakan baju kurung, segera dia tahu membawa diri, menyesuaikan dengan tempat, tahu pula alat kelengkapan yang harus dipakai bersama, tahu cara memakainya dan wajib pula tahu apa makna dan tujuan mengenakannya. Pacal mengimpikan sejenis busana yang apabila dikenakan di badan si pemakainya terkurung dan terhindar sifat angkuh dan sombong.Oleh baju kurung itu sekai-kali pemakainya tidak bercakap bohong dan apabila sudah berbaju kurung peliharalah iman supaya tidak terpesong." Faisal Tehrani, Manikam Kalbu

alter ego

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-hujurat :13)  I Malam.Asing.Lintasan orang lalu-lalang di hadapan mcam trafik yang tidak henti di hadapan mata.Matanya memandang kosong setiap yang hadir di hadapan,ini adalah pertama kali dia berada di situ,berseorangan. Hanya Tuhan yang tahu betapa dia takut. Beberapa lintasan sekadar transit dalam terminal hidup,tidak kekal lama. Namun dia silap,ada yang kekal. II Kedengaran di telinga hanya desir angin dan sorotan pemandangan kota waktu malam dari balik kaca lutsinar.Kelip neon kota raya balik kanvas hitam ma...

travelog 23 april

Image
beginilah reaksi rayyan mifzal semasa diusik masa tidur,ya Allah comel

al-kimiya

Image
Al-Biruni kecil,timba ilmu dan jadikan ilmu sebagai jambatanmu ke syurga "akhirat di hati,dunia di tangan" "manfaatkan potensi ke jalan fisabilillah" amin. cerita gambar : kanak-kanak baru lepas balik mengaji di rumah Tok berbincang pasal ujikaji di bawah  rumah. Tindakan 2 - campur segala bahan dan peram selama seminggu. segala bahan : yg ada di kawasan rumah dan kedai berdekatan. selepas seminggu : kotak diperam bawah rumah mengeluarkan bunyi letupan apabila dibuka. Tindakbalas kimia reaktif antara campuran tersebut barangkali. Reaksi selepas tengok dokumentari ilmuwan Islam mungkin http://tayibah.com/eIslam/Tokoh/biruni.htm http://muslimmedianetwork.com/mmn/?p=1553 notakaki : jadi muslim kreatif itu satu tuntutan.Letak dalam hati kuat-kuat.

cerita 1

     Tengah hari itu cukup panas sekali,ratusan pokok di kiri kanan jalan tidak dapat membantu mengurangkan hawa sedikitpun .Jalan bertar bersinar diterangi cahaya kuning menyilaukan dari fragmen langit bergerak-gerak macam lapis tv rosak memaksa Mariam berhenti rehat.Dia berhenti mengayuh seketika,lalu terpisat-pisat memberhentikan 'kereta' tayar duanya di sebelah 'balaisoh'(surau) kampung bermenara  tinggi.Menyertai Fadzil,Taufik dan Ridwan yang sedang enak menikmati aiskrim malaysia perisa bubur kacang extra sejuk di tangga surau.Basikal-basikal diparkir (?) di ruang lapang hadapan masjid.Bungkusan plastik berisi bawang,cili kering dan serbuk kari ditinggalkan sementara aiskrim potong dicapai ( hasil upah 20sen berkat bersetuju membeli barangan arahan golongan emak).    Pijar yang membakar kulit diredakan dengan menikmati aiskrim bernilai sepuluh,dua puluh sen.Nikmatnya tak dapat digambarkan dengan kata-kata,seperti berendam di kolah atau terjun ke s...

jalan

Image
 "What if this is not for me?" "What if I choose the other way around before?" "Do I really took the wrong one?" Sunyi All those what If s just bring you closer to destruction. "Itu semua -berkalau-kalau ialah permainan syaitan" There's hikmah in everything,something you've never expected. Know what? "Ada,selepas istikharah pun,mungkin hasilnya tidak menjadi seperti yang anda harapkan" "kerana..itu pasti ada hikmahnya tersendiri yang telah direncanakan Allah SWT." He knows the best for you.Really. Indeed. "Check yourself.Have you struggle enough?Or just doing all-time tawakal,without any effort ?" Usaha.Longkang. .................................. "Ouch?" "Buku ini untuk anakku,Enong Kamus milyar kata. Cukuplah untukmu sampai dapat menjadi guru Bahasa Inggeris seperti Cikgu Nizam. Kejarlah cita-citamu ,jangan menyerah,s...

dream II

Image
pernah kita bersama melakar lengkung pada awan berpadu cerita perihal cita-cita kita kemudian kututup mata sambil mendengar nyanyi angin mencium harum kenangan yang tertinggal di jejak usia bila kubuka mata kau tiada di sisi yang tinggal hanya suratmu dan bayang senyum balik kabus perlahan hilang - bungkam lalu kudongak dan biru langit menyahut rinduku sekurangnya kutahu - Dia ada,untuk kita :)

ilmu

    Baru-baru ini,semasa berehat bersama keluarga di rumah,secara tiba-tiba ibu menggesa saya menghadap kuliah daripada seorang ustaz di kaca televisyen.Sedikit-sebanyak saya mengesan bahawa ibu memang serius mahu saya meneliti kandungan yang disampaikan : tentang ilmu.     Menelinga dari awal,saya sedikit tertarik dengan kata-kata bahawa ilmu yang wajib dituntut,ialah fardhu ain,dan fardhu kifayah.Fardhu ain ialah ilmu yang wajib kita ketahui dan amalkan demi kesahihan ibadat manakala contoh ilmu fardhu kifayah yang ditekankan seperti ilmu perubatan,engineering.Ilmu yang ketiga ialah ilmu yang lebih mendalam tentang riwayat hadis contohnya.Ilmu fardhu ain wajib bagi setiap muslim manakala fardhu kifayah juga perlu dikuasai bagi menjamin kesejahteraan ummah.Ilmu yang ketiga,boleh dipelajari dengan syarat kuasai bidang kita dahulu.Jangan sampai tak cemerlang kedua-duanya sudah. Jadilah seorang yang mahir dalam bidang yang kita ambil itu. “Iya,saya sedang cuba,cuma men...

A letter to God

Image
There are few good movies that really made impact on my life Up until now When I was 5 or 6 years old, There’s a scene on screen – shows a girl having a very tough life The setting is in Iran. That girl, around my age at that time is living in a house that was nearly collapsed. She has to work (at 7 years old) in order to survive Her mother is sick. Very sick. They don’t have any money and her mother might not survived if not be sent to hospital. Oh wait, the story do not end yet. That little girl, with a naïve mind: sincerely wrote a letter to God about her mother, telling stories about her life, having faith that Allah may read her letter and help them. The letter is unaddressed. When the post office officer checked the letters to be send, he accidentally saw that letter. At first, he decided to throw it away-usual incomplete letter, until he checked once again and found flowers put together with the letter. Interested to know, he read it sentence ...

tadabbur alam :)

Image
bismillahirrahmanirrahim Doa Melihat Keindahan Alam رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka Alam sentiasa bertasbih kepada Tuhan dengan caranya sendiri bahkan sentiasa mendoakan orang yang menuntut ilmu termasuk kita,tanpa kita sedar. Alam dan seluruh isinya merupakan satu nikmat yang Tuhan kurniakan untuk kita hargai dan saling bergantung hidup.Udara - tanpanya kita tidak mampu hidup,dan sering kali menjadi rezeki yang dilupakan manusia. Ada yang pernah berkata,jika mahu berlatih untuk ikhlas memberi tanpa balasan,berilah makanan kepada kucing,haiwan lain atau tumbuh-tumbuhan.Ini adalah kerana mereka tidak akan memberikan balasan sebagaimana manusia. Alam dan isinya,Subhanallah sangat luas,cantik dan memberikan seribu satu ketenangan dalam hati.Ketika jiwa runsing,gelisah,dengarlah senandung alam dan kita akan rasa t...

4

Image
Gumam kecil pada bibir,melepaskan keluh-kesah yang berat bersarang di pundak. Memencil diri pada dimensi yang dikira hanya dia yang wujud,di tepi dinding putih berhampiran rak yang menempatkan beberapa hadaman jiwa.Di situ tempat dia bertapa-Setelah tegang urat leher cuba merungkai beberapa persoalan yang muncul cukup untuk menambah rusuh di jiwa. Setelah beberapa dialog tak berkesudahan antara nafsu dan nurani menjengah rasa. Perlawanan yang cukup keras antara duanya dan dia di tengahnya. -merasakan seperti ada lohong pada jiwa,kematu  keras pada hati. Dengan itu dia berkeputusan kembali ke daerah sunyi mencari hakiki. menguntai malu yang masih tersisa,rindu yang terselit sepi,dan hati yang segar mekar pada Tuan yang Maha Memberi. mencari sesuatu yang sangat dirinduinya selama ini. Rasa itu.Rindu. di rak buku - dia mencari jawapan pada soalannya Bertandang ke rumah yang sentiasa mengalukan tetamu,Had menemukan itu. Pada layangan bebas burung celah ru...

spiritual void

Image
bismillah, I've found out a video that is pretty much answering my thoughts before : about us,that spiritual voids. "Do you order righteousness of people and forget yourselves while you recite the scripture?Have you then no sense? "(2:44) gotcha!a slap on the face Years ago,I was pretty much ambitious to become 'something' at age of 20. Reading this article made me realized that i was stucked in past moments - I was still there - spiritually yes wishing for this and that and to have this or to achieve that.That peace,that feeling -how I do miss those and eventually forgot that time is running. TIME IS RUNNING OUT! and certainly forgot to appreciate time that I have now. until something happens,for some it is called as a WAKE UP CALL suddenly,you wake up from a long,long dream,and somehow you were clinging to reality.You're started to evaluate what have you done before and regretting the  past that have left you. it is now or never. N...

stop

The dunya is our transit for the next stop. Just a transit. 2013.February 2013. Time flies,and if it is not well-managed,all are useless.Being home,peeked some hot news in the newspapers but the news that caught my attention was about accidents - people lose relatives,friends in a relatively short time.And usually,their acts before that will affect the loved ones severely. Last few years,just like today - It's raining ,my father got a phone call from his friend saying that his friend's son - my childhood friend was drowned and his body was not yet found. The feeling at that moment,our awe-strucken's face just could describing our shocked state.The shutters,nervousness,sympathy came like hurricane and suddenly,we were back in our village,his home in an hour time. Seeing him without his soul is somehow a moment I wouldn't forget for my whole lifetime. His life would be considered as a dramatic life,he's the leader of the family,the one who carried the ho...

book review : negeri 5 menara & ranah 3 warna II

Image
..........continued Pengembaraan zaman sekolah Alif berakhir selepas tamat dia menjadi siswa kelas enam.Berminat dengan dunia kewartawanan,fotografi,Alif kemudian pulang ke kampung dengan macam-macam pengalaman sepanjang menuntut.Pilihan ke Pondok Madani dulu sememangnya pilihan yang tepat. (Ingat surah al-baqarah:216 --> “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”) Ending novel dia,(Inspiring!Tertanya-tanya apa yang terjadi selepas waktu mereka di PM) Alif pun berjaya capai impian dan bergelar wartawan di Amerika.Details?kena baca sendiri,baru syok. Sekarang,mari sambung ke cerita kedua : Ranah 3 warna ( ranah : tanah datar,dataran rendah,lembah ),mewakili perjalanan Alif di 3 benua berbeza. Kali ni,mantera kedua sentiasa lekat di fikiran Alif : man shabara zhafira,sesiapa yang bersabar,dialah yang beruntung. Novel ni lebih ...

book review : negeri 5 menara & ranah 3 warna

Image
Buku ni memang ada dalam wishlist nak baca sebab haritu tertengok trailer movie serta lagu dia,cuma bila ke kedai cari-cari tak jumpa agak frust la juga.Setelah beberapa bulan,mungkin tahun?hasrat nak membaca pun menghilang begitu sahaja.Hinggalah satu hari,semasa berjalan-jalan di kedai buku meninjau novel lain mata terpanah pada satu cover buku.Hati terjatuh begitu sahaja tergolek-golek meninggalkan saya sendiri.Benarlah bak kata 'mantera' novel ni : man jadda wajadda. krik2 Macam mimpi.*bayangkan music background I have a dream - ABBA* ,sigh,efek mamma mia Angin sepoi-sepoi bahasa berlalu menampar pipi,menggalakkan saya supaya membeli novel tu.Hanya saya dan novel tu,dia satu-satunya.Cover dah renyuk sedikit mungkin kerana sudah ada yang berminat mahu membeli tapi tak berjodoh.Ini emang namanya jodoh saya dan buku itu!Sudah ditakdirkan Allah.Bagi melengkapkan pakej dan mempersiapkan diri supaya tak kecewa lagi dihiburkan cerita tergantung,tangan saya mencapai pula nove...