Posts

Showing posts from 2012

2012

bismillahirrahmanirrahim ahem,morning of 1st Jan 2013,clearing my throat,just want to shout out loud : It's 20 now.Me being twenty? .......................................................... ......................................................... so big already! <-- Oh My English! twenty twenty many people enjoy their peak of life at this age. build multi-billionnaire business initiate peace mission write their own book \become hafiz@ hafizah turning point in life and the list goes on and hey! some do not even managed to reach this phase they have been called earlier than us. The older you are,the closer you are to death Rumah kata pergi kubur kata mari-mari Sultan Muhammad al-Fateh conquers Constatinople at this age,and we? I mean me and you and people around us le me doing what? -updating facebook (kalau ilmiah takpela jugak) -bermalasan kat bilik sambil tgk drama -buat pape keje yg takde pekdah Reality bites,isn't it? New yea...

coret dinihari

Image
Sedikit coret di dinihari, bermimpilah,nescaya Tuhan akan memeluk mimpimu itu-Andrea Hirata Semuanya bermula dengan niat,dan niat yang salah tidak akan dapat menjadikan sesuatu pekerjaan itu,pekerjaan yang membawa kita ke syurga. Kadangkala,refleksi diri apabila kita mempunyai banyak yang ingin dicapai,memikirkan kemaslahatan ummah sebagainya.Kita mahukan Islam tertegak di negara kita,namun kita lupa pada pembinaan paling asas.Diri kita sendiri.Tepuk dada tanya imanmu,teman. Kita sibuk merencana pelbagai program atau usaha ke arah itu,dan apabila ianya gagal,mula ada yang menuding jari atau menyalahkan pelbagai external factor. Keberkatan. Seringkali lupa pada istilah itu. Kita sibuk mengejar pelbagai perkara sehingga lupa pada perkara yang paling asas. Do you expect He will help you when you are far away from Him? Dia seperti kekasih,merindukan kita.Semakin banyak ujian,semakin sayang Dia pada kita. Apapun,berbalik kepada asal,kita,apakah niat kita adalah untuk me...

jejak-jejak mimpi

Image
jom bermimpi dan jadikannya kenyataan ^_^ *lagu -> mother by seamo

life as we know it

Bismillahirrahmanirrahim This is from my personal point of view,and just like the right box says : There are some memories that I never wanna lose , but it happens , for all time . So,hope that it have some ibrah to be shared . We all wanna be good,right? Even if you ask the gangster or some sort of yakuzas ,which do they prefer ? Bad wife or religious wife ,for sure will choose the religious one . (This is just based on movies or at least some novels that I do read in the past ) Even the most notorious criminal want the goodness for himself even just a pinch of it,no matter how they dressed or think . It is just that the lust is more superior , or  maybe,the self-control is not there . Growing as a really really plain Jane,in a moderate family :) I used to have this kind of thinking. Da'wah : Just For Tudung Labuh / Agama / Serban Kopiah People When people like,ermm invite us to do some sort of religious activities,there will be excuses like "oh,saya sekolah bia...

syukur

Image
bersyukurlah kau masih hidup hari ini untuk membaca post ini bersyukurlah hari ini Allah masih memberimu peluang membahagiakan orang lain bersyukurlah hari ini kau ditimpa ujian sebagai penyuci dosa-Mu bersyukurlah kau masih mampu tersenyum hari ini bersyukurlah kau masih punya sahabat yang menegurmu bersyukurlah ibumu menasihatimu kerana resultmu hari ini bersyukurlah kau masih ada peluang membersihkan hati menyumbang kepada Islam biarpun sekadar pemotong fliers program dakwah biarpun sekadar pemotong bawang dalam unit makanan x) Allah adalah sebaik-baik perancang dan bersyukurlah untuk berada dalam rancangan-Nya Itu yang terbaik Ikhlaskan niat dan senyumlah n_n Kita hanyalah hamba dan jadilah hamba yang mencari redha-Nya bukan kemegahan di mata manusia.

selamat datang

Jendela dunia telah kami singkap untukmu dik, selamat datang  padamu pada malam itu 12 disember 2012. Tangis pertama pemecah kesunyian malam adalah nyanyian paling merdu yang pernah kami dengari. Sewaktu itu,sewaktu kau kedipkan mata buat pertama kali bersama geliat lincah pada malam sepi tak henti bapamu mengucap tahmid bersama cahaya dari tubir matanya. Kau telah lama kami nantikan,permata hati. Kerdip mata dan persih wajahmu  telah menjadi pelangi yang datang mendatari hati kami. Tak henti tubuh seharum syurgamu dirangkul dikecup kami dengan rasa teramat indah. Ucapan tahniah bertalu seakan ombak menelan rusuh jiwa setelah selama ini kau hadir dalam nadi kami. Tuhan,bimbinglah kami dalam mendidikmu. Dengan ini,dik. pada telinga kananmu ayah bisikkan azan pertama, bersama secebis harap teguhlah tauhid sepanjang usiamu, Pada telinga kirimu pula ayah bisikkan iqamat, kumpullah sebanyak bekalan pada musafir ini. Ini ...

al-mathurat

Istiqamahlah :) http://muslimcircle.files.wordpress.com/2010/03/mathurat.pdf http://www.masjidassobirin.com/files/Al-Mathurat.pdf Bila hati terasa kosong dan tiada yang dapat menenangkan.Muhasabah kembali akan diri tentang apa yang dah dibuat. Mahu berubah itu perlukan kekuatan Istiqamahlah,mulakan dari sedikit namun biar berterusan. He'll guide us all the way along. Dia sudah menunggu. Jom sahut panggilan-Nya :)

3

Image
Bila sesekali kita jatuh , mahu bangkit itu nyata teramat sukar . Bergantung .  Sama ada bangun atau kau akan selamanya di situ , tidak menyedari bahawa ada Maha Kuasa sedang memerhatimu dengan pandangan rahmat . Kita minta dikurniakan kekuatan , lalu Dia beri ujian . Kita mengeluh namun Dia tak pernah tinggalkan kita. Dia rindukanmu , kita diuji untuk menjadi semakin hampir dengan-Nya. Bila senang , kita acap lupa untuk bangun malam atau seringkas mengucap Alhamdulillah . Bila dikurniakan nikmat kita sering alpa dan mengawlakan hal duniawi itu sendiri tanpa mengembalikan segala kesyukuran kepada Pemberi Nikmat . Lupa . Memang manusia itu pelupa, masakan tidak jika begitu dinamakan insan . Allah merindui kita , lalu dengan itu Allah kirimkan ujian untuk menyedarkan kita kembali. Ada hikmah atas segalanya. Sucikan hatimu,tazkiyyatun nafs .  " Hati yang indah akan melihat dunia dengan penuh keindahan " Dia sedang memandang kita dengan pandangan rah...

2

Rasa bosan yang kian lama menyelinap menjadi virus viral yang mampu membunuh tahap kerajinan seseorang itu. Soalan-soalan yang merusuh dalam dada dibiar sunyi tanpa jawapan . Jiwa memberontak mencari hakikat sebenar , namun sengaja dipendamkan . Masalah ummah masalahmu juga. Namun masalahmu itu dulu yang patut kamu selesaikan. Lupakan saja mahu mengubah dunia kalau bukan dengan dirimu, Had. " Tegakkan Islam di hatimu , nescaya akan tertegaklah Islam di daulahmu " Bermimpi sahajalah mahu membantu umat jika untuk bangun subuh pun kadang-kadang ada kadang-kadang tidak. Masjid pun entahkan jejak entahkan tidak. Al-Quran berdebu begitu sahaja bersama makalah lain di atas meja stadi. Setelah fatra selama ini, Apa sebenarnya yang kau kejar ? Apa sebenar impianmu ? Kau masih kabur akan impianmu , lalu jalan yang dilalui ini terasa amat berliku dan perlahan-lahan kau makin tersasar. Tiada guna ada semangat kalau bukan disemai dengan kefahaman yang tulus,Ha...

1

Memerhati  ruangan  skrin yang terpampang luas di depan mata,berpinar-pinar lagi.Lihat lagi,berpinar-pinar. Isytihad berteleku.Diam. Tangannya bergerak menari di atas kekunci beberapa kali namun dipadam semula.Kemudian dia menongkat dagu di meja stadi,merenung kosong tabir malam. Gelap.Langit malam ini gelap. Bintang segan mahu berbicara.Dia melepaskan keluh berat dari dada dan tertunduk memeluk   meja. Entah mengapa,belakangan ini segala idea yang biasa terbang meluncur dari benak tiba-tiba beku .Arus  perkataan  berderu-deru menghilang apabila dipanggil.Sunyi. “Ashabi kan nujum bi ayyuhum iqtadaitum ihtadaitum “ Meraut wajah lantas mencapai mug berisi kopi dari birai meja, dia tersenyum melihat nota dilekatkan di papan nota . “ Love letters,just to remind,those are for you!Your utmost love,should be given to Him.Hidayah Allah sangat mahal,sekali peluang tu datang kena grab!” Senyum sendiri.Perjalanan hidup,itu semua sudah dir...

superhero

Image
"We have instructed man to honour his parents." (29:8) Ok,let's get back to business. It's been a while since my last time in home and one day,while listening to a kulliyyah accidentally I've drawn this A picture of a girl holding to her father's hand while her father is still in praying mat. Unconsciously. The action may actually being driven by an event I've watched half an hour before that. In Mosque,while waiting for Isyak prayer,I can vividly see a figure that looks just like my superhero ( my abah to be exact ).Really close to resemble him,just that my father do not wear any jubah or serban.From back view,it is really the same. Then,his daughters and sons,around 5-9 years old come and tease him while him praying. "seems familiar"-I used to be like that also Pictures,memories came across my mind at that time.How fast time had fly Never expected I had grown so much and my father still look exac...

taujihat

Image
terinspirasi dengan seorang senior,sekarang dia dan zaujah sedang berPhD di Imperial College,London dalam bidang engineering.Ceritanya sangatlah memotivasikan terutama sebab aktif dalam pelbagai aspek dan baik dengan hubungan dengan semua.Ada beberapa pesanan untuk semua adik-adik yang sedang belajar dalam degree . akademik ialah weapon kita. Akademik ialah sebahagian daripada Islam.Jangan kita memisahkan antara duanya,yakni menjadikannya sekular.Akademik ni senjata yang kita boleh asah untuk bantu kerja-kerja kita. kita akan rasa kebersamaan dalam berukhuwwah,sebilangan akan ada yang terlalu sibuk jadi bagi sebahagian yang tak ada masa,apa yang perlu kita buat?takkan nak biarkan sahabat-sahabat. jadi nilah pentingnya support @ takaful  contoh  : setiap orang daripada dalam course tu masterkan betul-betul satu2 subjek ( bahagikan dan dia akan jadi point of reference berkenaan subjek tu ) lecture notes bukan student notes! kita cuba top-up dengan ca...

first field trip

Image
this is our first field trip - to Seri Iskandar and Batu Gajah outcrop area Alhamdulillah,we were given the chance to learn about this interesting part of science that we are also used to  think it is a boring subject. PG = batu ? PG = tepi jalan punya batu ,and PG = minyak,hehe Geology  or geoscience is basically a part of science that study about earth. One stupendous fact about soil,is remember Prophet Adam;s story ?I've heard somewhere,from a lecture if I am not mistaken is analogically,human do behave like soil. “Wahai sekelian manusia! Jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari qiamat sesungguhnya Kami (Allah S.W.T.) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian daripada air mani dan mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu...

- doa -

Bismillahirrohmanirrohim.. Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-MU.. Ya muqallib al-qulub, thabbit ‘ala’l-haqq Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas kebenaran-MU.. Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini dgn taat pada-MU Amin ya robbal al-amin