coret dinihari



Sedikit coret di dinihari,

bermimpilah,nescaya Tuhan akan memeluk mimpimu itu-Andrea Hirata

Semuanya bermula dengan niat,dan niat yang salah tidak akan dapat menjadikan sesuatu pekerjaan itu,pekerjaan yang membawa kita ke syurga.

Kadangkala,refleksi diri apabila kita mempunyai banyak yang ingin dicapai,memikirkan kemaslahatan ummah sebagainya.Kita mahukan Islam tertegak di negara kita,namun kita lupa pada pembinaan paling asas.Diri kita sendiri.Tepuk dada tanya imanmu,teman.

Kita sibuk merencana pelbagai program atau usaha ke arah itu,dan apabila ianya gagal,mula ada yang menuding jari atau menyalahkan pelbagai external factor.

Keberkatan.

Seringkali lupa pada istilah itu.
Kita sibuk mengejar pelbagai perkara sehingga lupa pada perkara yang paling asas.

Do you expect He will help you when you are far away from Him?

Dia seperti kekasih,merindukan kita.Semakin banyak ujian,semakin sayang Dia pada kita.

Apapun,berbalik kepada asal,kita,apakah niat kita adalah untuk mencapai redha-Nya?
atau kerana mengikut teman,naqibah,membalas dendam atau mahu tunjuk ekk depan orang ramai.

Jika mahukan cinta Allah,usahalah ke arah itu!

Kemenangan Islam hanya akan diberi kepada orang yang taqarrub denganNya.

Jangan juga kita memperlekehkan orang atau merasa diri lebih baik sebagainya.Itu adalah  suntikan  jarum halus syaitan.Hati-hati menjaga hati!



Kisah ini,


Sahabat yang dirahmati Allah,
Setiap amalan perlulah dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana ingin dipuji dan disanjung oleh manusia. Manusia yang berjuang kerana asyabiah atau kerana kepentingan suku kaum termasuk perjuangannya di kira kerana manusia bukan kerana Allah SWT. Perjuangan seperti ini akan ditolak oleh Allah SWT seperti kisah seorang pejuang Perang Uhud bernama Qazman yang berjuang untuk menaikkan bangsa Arab bukan untuk ISLAM , maka matinya dikira mati jahiliah.

Dalam sirah Nabi SAW menerusi kisah kematian Qazman; seorang yang menyamar sebagai muslim, berjuang bersama-sama dengan para sahabat. Sedangkan hatinya menyertai para sahabat hanyalah bertujuan mendapat jolokan pejuang yg berjiwa bangsa Arab untuk menjaga kepentingan Yathrib. Penyertaannya hanyalah untuk dipuji orang. Akhirnya beliau telah berjaya membunuh ramai musuh yg menyerang Madinah.

Walau bagaimanapun, Nabi SAW. agak keberatan menyebut kematiaanya sebagai salah seorang syuhada. Akhirnya Nabi SAW. dengan tegas mengatakan dia mati sebagai seorang kafir yg tidak diterima usahanya sedikit pun di sisi Allah. Kenyatan nabi ini disokong oleh seorang sahabat yg menyaksikan bahawa Qazman ini telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang dimiliki kerana kesakitan daripada luka yg dialaminya dlam perang Uhud ini.

Ini amat berbeza dengan keadaan seorang lagi perajurit Islam dalam kalangan sahabat bernama Usayrim r.a yg memeluk Islam agak lambat. Walau bagaimanapun beliau telah menjejaki syurga dengan ketelusannya beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Nabi SAW. pernah bersabda yg bermaksud:"Usayrim ialah ahli syurga walaupun tempoh keislamannya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat."

Kedua-dua personaliti ini berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yang menderita seperti pengembara yg mengharapkan kewujudan air di tempat yg amat payah menemuinya, sedangkan Usayrim r.a ialah seorang bertaraf sahabat yg menyahut panggilan fitrah dalam dirinya, lantas menyertai Nabi SAW. walaupun belum sempat berbuat apa2 amalan termasuk solat.

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan perbetulkan segala niat, amalan dan perjuangan kita dimuka bumi ini perlulah berlandaskan ISLAM yang tulin dan murni dan jangan bercampur aduk dengan amalan-amalan jahiliah supaya amalan kita  diterima oleh Allah SWT.

link :http://abubasyer.blogspot.com/2012/04/beramal-dan-berjuang-kerana-untuk.html
Niat.
Sungguh,mujahadah memang sukar namun telah dijanjikan bahawa hasilnya sangat manis

:)


Yo
u choose to be person in which group . You know your world better.


*talking to that person in the mirror.


Comments

  1. dear syafiqah.. ;-)
    finally come into your blog..

    you've the heart same like me.. kan akak dah kata, you have a soft heart. ;-)

    terkesan baca post awak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

:)

puisi hujan

the unsung heroes