2

Rasa bosan yang kian lama menyelinap menjadi virus viral yang mampu membunuh tahap kerajinan seseorang itu.

Soalan-soalan yang merusuh dalam dada dibiar sunyi tanpa jawapan .

Jiwa memberontak mencari hakikat sebenar , namun sengaja dipendamkan .


Masalah ummah masalahmu juga.

Namun masalahmu itu dulu yang patut kamu selesaikan.

Lupakan saja mahu mengubah dunia kalau bukan dengan dirimu, Had.

" Tegakkan Islam di hatimu , nescaya akan tertegaklah Islam di daulahmu "

Bermimpi sahajalah mahu membantu umat jika untuk bangun subuh pun kadang-kadang ada kadang-kadang tidak.

Masjid pun entahkan jejak entahkan tidak.

Al-Quran berdebu begitu sahaja bersama makalah lain di atas meja stadi.

Setelah fatra selama ini,

Apa sebenarnya yang kau kejar ?

Apa sebenar impianmu ?

Kau masih kabur akan impianmu , lalu jalan yang dilalui ini terasa amat berliku dan perlahan-lahan kau makin tersasar.

Tiada guna ada semangat kalau bukan disemai dengan kefahaman yang tulus,Had.

Berbalik kepada perkara paling akar.

Dalam pintu hatimu itu , cuba ketuk . Tanyakan ia akan mengapa kau hadir di sini .

Mengapa kau memilih untuk begini .

Mengapa .

Comments

Popular posts from this blog

:)

puisi hujan

the unsung heroes