selamat datang
Jendela dunia telah kami singkap untukmu dik,
selamat datang
padamu
pada malam itu
12 disember 2012.
Tangis pertama pemecah kesunyian malam
adalah nyanyian paling merdu
yang pernah kami dengari.
Sewaktu itu,sewaktu kau kedipkan mata buat pertama kali
bersama geliat lincah pada malam sepi
tak henti bapamu mengucap tahmid
bersama cahaya dari tubir matanya.
Kau telah lama kami nantikan,permata hati.
Kerdip mata dan persih wajahmu
telah menjadi pelangi yang datang mendatari hati kami.
Tak henti tubuh seharum syurgamu
dirangkul dikecup kami dengan rasa teramat indah.
Ucapan tahniah bertalu seakan ombak menelan rusuh jiwa
Tak henti tubuh seharum syurgamu
dirangkul dikecup kami dengan rasa teramat indah.
Ucapan tahniah bertalu seakan ombak menelan rusuh jiwa
setelah selama ini kau hadir dalam nadi kami.
Tuhan,bimbinglah kami dalam mendidikmu.
Dengan ini,dik.
pada telinga kananmu ayah bisikkan azan pertama,
bersama secebis harap teguhlah tauhid sepanjang usiamu,
Pada telinga kirimu pula ayah bisikkan iqamat,
kumpullah sebanyak bekalan pada musafir ini.
Ini hanyalah titik mula.
Untuk kami dan untukmu juga.
naurah (14/12/12)
naurah (14/12/12)
Comments
Post a Comment