3

Bila sesekali kita jatuh , mahu bangkit itu nyata teramat sukar .

Bergantung . 

Sama ada bangun atau kau akan selamanya di situ , tidak menyedari bahawa ada Maha Kuasa sedang memerhatimu dengan pandangan rahmat .

Kita minta dikurniakan kekuatan , lalu Dia beri ujian .

Kita mengeluh namun Dia tak pernah tinggalkan kita.



Dia rindukanmu , kita diuji untuk menjadi semakin hampir dengan-Nya.

Bila senang , kita acap lupa untuk bangun malam atau seringkas mengucap Alhamdulillah .

Bila dikurniakan nikmat kita sering alpa dan mengawlakan hal duniawi itu sendiri tanpa mengembalikan segala kesyukuran kepada Pemberi Nikmat .

Lupa .

Memang manusia itu pelupa, masakan tidak jika begitu dinamakan insan .

Allah merindui kita , lalu dengan itu Allah kirimkan ujian untuk menyedarkan kita kembali.

Ada hikmah atas segalanya.

Sucikan hatimu,tazkiyyatun nafs . 

" Hati yang indah akan melihat dunia dengan penuh keindahan "

Dia sedang memandang kita dengan pandangan rahmat-Nya.





Comments

Popular posts from this blog

:)

puisi hujan

the unsung heroes