bismillahirrahmanirrahim jika seorang yang tidak tahu mana arah yang dia tuju,berilah peta ke negeri terengganu @ kelantan sekali pun dia tidak akan melayannya.Kerana dia tak tahu arah tujuannya,walaupun peta sudah terbentang. seorang yang tidak sedar matlamat akhir sebagai Muslim,berilah tazkirah @ apa-apa ucapan sekalipun,dia tidak akan merasa relevannya ilmu itu kerana dia tidak berasakan sebarang kepentingan untuk berusaha ke arah itu. scroll-scroll,refresh facebook,kemudian berbuat demikian lagi sehingga berasa bosan tanpa sedar waktu sudah terbuang.Waktu yang boleh digunakan untuk menyiapkan bekal akhirat. -hati manusia Dia yang pegang,namun jangan pernah dijadikan alasan untuk kita tidak berusaha,siapa tahu masa depan kecuali Dia?-
saya jadi rindu pada hujan yang mengguyur,menangkap lelah setiap kenangan yang ada di balik tingkap.Dingin yang amat,menyelimuti gebar rasa,dan ketika ini,saya jadi tambah sentimental. Sepi,hanya rintik hujan menyahut mesra soalan yang terukir pada jiwa. Seharum mawar nilai kenangan kami.Sepersih embun pagi,wajahnya datang menyampaikan salam. Saya mudah terusik oleh kenangan. Dia datang menyapa,menenangkan gelora hati,membisikkan kata semangat. Sungguh,saya jadi mahu menangis. Selebat hujan di luar,selebat itulah kasih saya padanya. Kedegilan merantai kami,masa meninggalkan kami jauh,tanpa sempat saya sedar kesalahan itu. Dan kini,saya menyesal. Ada ruang yang besar,dimensi baru merantai,tidak,ukhwah ini tak seperti dahulu. Pengalaman adalah tarbiyah,dan saya harus kuat. Pada sahabat,ingin sekali saya layangkan cinta ini pada semilir angin Moga sampai padamu, Simpulan itu akan terlerai. Dan kita kembali tersenyum. Seper...
Belakangan ini,kita sering disajikan dengan berita tentang pemberontakan di Algeria yang nyata telah menawan ramai tebusan warga asing.Dikatakan,para pemberontak marah terhadap tindakan tentera Perancis menceroboh Mali. http://www.astroawani.com/news/show/pemberontak-culik-40-tebusan-dua-terbunuh-4276 Mali di Afrika,Malta di Eropah,lain dengan Maldives atau Malaysia,eh? Namanya hampir sama,satu fakta yang menarik ialah negara-negara tersebut mempunyai ramai penduduk beragama Islam dan menyimpan sejarah ketamadunan Islam yang cukup panjang. Menurut atlas,Mali ialah sebuah negara berkeluasan 478,841 kaki persegi yang berada dalam keadaan 'landlocked',terdiri daripada gurun atau separa gurun.Kaya dengan hasil bumi dan mengeksport emas,Mali pernah berada di bawah jajahan Perancis dan merdeka pada tahun 1960. http://bincang.net/forum/showthread.php?120332-Perancis-campurtangan-perang-di-MALI-another-crusades-war-againts-islam Bila baca link di atas,sebenarnya t...
Comments
Post a Comment